12 Jun, 2012

Dilema guru buta yang tak berkesudahan

Dah banyak kali saya menulis mengenai isu guru buta di aliran perdana. Bercakap, seminar, perjumpaan dengan NUTP dan entah apa-apa lagi. Naik boring dan tiada kesudahan.

Yang senasib tetapi berada di zon selamat, lepas tangan. Tak kisah kalau tak nak masuk campur, yang sedih "hentam" lagi ada.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)




Back to basic.

Tiada satu pun manusia dalam dunia ingin jadi cacat, walhal kecacatan itu bukan mengira masa, bila, siapa dan bagaimana. Bila tuhan takdir cacat maka cacatlah ia walau dia kini seorang pengarah mahupun seorang pengemis.

Malah dalam akta OKU dan konvensyen PBB juga ada mengariskan apa patut dibuat kepada golongan OKU. Bukan sekadar simpati tetapi sepatutnya memberi laluan,bimbingan, mencari kaedah penyelesaian terbaik agar OKU tersebut dapat menyumbang sesuatu dalam masyarakat dengan kemampuan dan kelayakkan yang mereka ada.


Saya rasa awak tak payah mengajar lagi, mungkin awak boleh buat kerja di library... kita bincang


Saya bukan librarian, saya pendidik yang memiliki kelayakkan dan segulung ijazah ditakdirkan buta semasa dalam perkhidmatan. Saya punyai anak dan isteri, saya punyai impian untuk menjadi seorang ketua, pengarah mahupun peringkat tertinggi. Itu lumrah bagi manusia yang tidak gila. Anda sendiri pun berlumba-lumba untuk dapat apa yang anda inginkan.

Beza antara saya dan anda .. anda celik saya buta!

Selebinya saya manusia dan anda pun manusia, punyai rasa, perasaan dan sudah tentu harapan..

Cool down!

Saya berfikir secara positf, mungkin niat untuk mengurangkan beban yang saya tanggung akibat kecacatan dengan meletakkan saya sebagai libvrarian. Dengan erti kata lain... simpati.

Saya pernah berpesan kepada pelajar saya, jangan sekadar simpati tetapi mesti empati kepada golongan OKU. "put yourself in same shoes".

Mungkin ianya terlalu subjektif tetapi dengan kepintran anda, anda harus berbuat sesuatu. Sesuatu yang lebih bersifat humanistik.

Di negara barat dan lebih maju, mereka yang cacat diberi pemulihan (rehab), memulihkan semangat, bantuan teknologi dan apa jua agar OKU itu boleh duduk kembali atas "kerusi asal" mereka. Bukan dengan cara memindahkan ke kerusi lain. Atau dengan erti kata lain mengasingkan mereka.

Kalau itulah simpati yang ditunjukkan dengan cara mengasingkan mereka, lebih baik bunuh sampai mati saja. Kan senang! Tak lah susah kerajaan nak bagi bantuan kepada golongan OKU.

Saya yakin setiap masalah ada jalan penyelesaiannya, cuma ada pihak-pihak tertentu yang mendiamkan diri .. mungkin buat tidak kisah. Buktinya sehingga kini bilangan sebenar guru cacat di aliran perdana tidak diketahui jumlahnya. Manakan tidak, siapa tau bilangan itu terus bertambah dan anda mungkin salah seorang "calon" cacat itu di esok hari!

Apa salahnya tubuhkan satu unit khas untuk golongan ini dan bimbinglah mereka agar mereka boleh berbakti di sekolah aliran perdana. Memang diakui, kita tidak dapat memenuhi hati semua pihak. Tapi matlamat tidak menghalalkan cara.

Apabila kita mendongak ke langit, jangan lupa rumput di bawah.

Wallahualam.



  • waht you think?

0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®