18 Mac, 2012

Keratan akhbar himpunan OKU serah memorandum kepada SUHAKAM 17Mac 2012

Pinda Perlembagaan elak OKU didiskriminasi


KUALA LUMPUR, 17 Mac: Kerajaan dituntut untuk membuat pindaan Perlembagaan Malaysia bagi memastikan golongan kurang upaya (OKU) tidak berdepan dengan masalah diskriminasi.

Pindaan Perkara 6 membabitkan kesamarataan dan Perkara 12 membabitkan pendidikan, perlu memasukkan perkataan golongan OKU bagi memastikan mereka mendapat hak sebagai seorang warganegara Malaysia yang lain.

Tuntutan itu disuarakan kumpulan tersebut ketika majlis penyerahan memorandum kepada Suhakam, di Auditorium Raja Aziz Addruse, Majlis Peguam, petang tadi.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)




Pengerusi Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM), Mohammed Nazari Othman, berkata kedua-dua perkara tersebut menyentuh soal kesamarataan hak dan mendapatkan pendidikan tanpa mengira bangsa, agama, dan kaum.

"Kita minta kerajaan agar memindanya dengan menambah 'tanpa mengira OKU' bagi memastikan hak golongan tersebut terjamin sebagai rakyat Malaysia dan tidak didiskriminasikan," tegas beliau di hadapan kira-kira 80 hadirin.

Ini kerana, kata Nazari, ramai di kalangan OKU tidak dapat menjalankan kehidupan mereka seperti rakyat Malaysia yang mampu, khususnya di bidang pendidikan.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan agar satu pindaan berkaitan pilihan raya patut dilakukan bagi memastikan golongan OKU berpeluang terbabit dalam pengundian ketika pilihan raya.

Katanya, pihaknya juga pernah mengemukakan cadangan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen berkaitan penambahbaikan pilihan raya (PSC) bagi memastikan golongan OKU, khususnya cacat penglihatan diberikan hak untuk membawa sesiapa sahaja yang dipercayainya untuk mengiringinya ketika mengundi.

"Dalam pertemuan dengan PSC pada 11 Nov tahun lalu, kita mencadangkan PSC mengajukan cadangan tersebut kepada SPR kerana kita juga mempunyai hak untuk memilih pemimpin negara. Kita harapkan perkara itu mendapat perhatian mereka," tegas beliau sambil mengharapkan isu berkaitan OKU ini dapat diselesaikan kedua-dua kerajaan, sama ada BN di peringkat kerajaan pusat dan Pakatan Rakyat di peringkat kerajaan negeri.

Pada majlis anjuran Kumpulan Kerja OKU, Jawatankuasa Hak Asasi Manusia, Majlis Peguam itu, turut berucap Pengarah Eksekutif Beautiful Gate Foundation fer the Disabled; Guru Persatuan orang Pekak Kuala Lumpur, Lee Tur chung; Pensyarah Fakulti Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Madya Dr Tiun Ling Ta; dan Pensyarah Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Hasnah Toran.

Penyerahan memorandum berkenaan diterima Pesuruhjaya Suhakam, Profesor Datuk Dr. Khaw Lake Tee.

petikan harakah daily


coret-coret penulis:

Rasanya macam banyak je jemputan untuk liputan media. Kenapa tak ada dalam tv, radio mahupun suratkhabar arus perdana? hai .. hai .. hai .. beginilah nasib OKU di Malaysia







  • lontarkan komen anda menggunakan ID facebook

0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®