04 Januari, 2012

Jemputan Dialog Kakitangan Awam OKU Penglihatan Anjuran SBM Bersama SPA, JPA, NUTP Dan CUEPECS

Forwarded email:

Salam semua, saya ingin memaklumkan kepada semua kakitangan awam OKU Penglihatan bahawa pihak Pertubuhan Orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) melaluii Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan yang di pengerusikan oleh Cikgu Mohd Zaki Bin Ismail, akan mengaturkan satu perjumpaan dengan wakil SPA, JPA, NUTP dan CUEPEC pada 14 Januari Sabtu 2012 bertempat di Dewan Besar MAB mulai jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Dengan itu saya ingin menyeru kepada semua rakan-rakan dan semua kakitangan awam OKU Penglihatan di dalam semua kategari iaitu Pengurusan Dan Profesional 1-1 dan mereka yang kategori Pelaksana seperti PTPO 4-1 dulu Pegawai Khidmat Pelangan N17 atau Kesetiausahaan, Perkeranian, juga guru-guru OKU Penglihatan yang mengajar dalam sekolah perdana atau dalam pendidikan khas di seluruh negara harap dapat hadir ke majlis Dialog itu.

Saya berharap rakan-rakan dapat memanjangkan berita ini kepada semua OKU Penglihatan yang sedang berkhidmat untuk memanafaatkan perjumpaan ini agar apa-apa kemuskilan mengenai kerjaya anda dapat disuarakan dan
didengar dalam dialog itu.

Mudah-mudahan apa yang menjadi kegusaran dan kebimbangan oleh kita mengenai SBPA dan peluang berkerjaya dalam sektor awam dapat penjelasan dan penerangan dari pihak berkenaan.



Pengumuman tambahan:

Saya berhasrat untuk mengadakan pertemuan dengan semua guru-guru cacat penglihatan yang mengajar di sekolah biasa (aliran perdana) selepas taklimat tersebut yakni di sebelah petang. Tempat pertemuan adalah diKompleks MAB.

Tarikh: 14/01/2012

Seperti yang dibincangkan oleh seketeriat guru-guru cacat penglihatan di aliran perdana, beberapa perkara akan kita putuskan dalam perjumpaan itu nanti.

Kepada rakan-rakan guru OKU yang berada di aliran perdana, harap dapat panjangkan pertemuan ini. Sebarang pertanyaan boleh kemukan kepada saya di dalam blog ini atau terus ke email saya (rasasayang79@gmail.com)

Terima kasih.


  • lontarkan komentar anda dengan menggunakan ID facebook

Copyright © dunia rasasayang ®