15 Januari, 2012

Aku, blog dan masa

Err ... macam mana nak mula ya. Segan pun ada .. malu pun ada ... sedih pun ada ...

Nak malu buat apa kan, ni kan laman sendiri. Belasah jelah. Lagipun blog ini bukan sebuah blog yang top meletup macam blog orang lain. Tulisan ni entah ada orang baca pun aku tak tahu.

Tanggal tahun 2008, aku terkial-kial belajar sendiri untuk membuat blog. Masa tu tengah semangat nak tulis pasal diri sendiri dalam siri pelangi petang Sekerat jalan juga tergantung akhirnya ...

Geledah punya geledah aku belajar memajukan blog. Belajar untuk upgrade blog dari basic ke advance blog. Alhamdulillah aku belajar banyak perkara tentang blog sehingga yang korang tengok sekarang.

Kini tulisan pun makin kurang, makin tak "kick". Pembaca pun dah banyak lari ke blog yang lebih panas. Tak apa .. orang kerja keras dia akan dapat lebih .. itu lumrah hidup.

Antara aku, blog dan masa .. masing-masing berperang.

Aku .. terlalu sibuk (buat-buat sibuk) tersepit dengan masa dan kerenah dunia. Jujur ikhlas .. aku terlalu rindukan saat aku terlalu manjakan blog aku seperti dulu.

Semoga dengan luahan hati aku dapat "memujuk" blog aku yang dah semakin merajuk dengan aku. So kepada pembaca yang setia membaca tulisan aku yang tersangat tak bagus dalam blog ini.. gua ucap banyak-banyak terima kasih.

Ketahuilah .. aku sangat-sangat rindukan korang semua! Kalau semua dah kembali OK, aku akan kembali seperti biasa!

Korang bebas nak kritik atau kata apa saja .. silakan ...


  • gunakan ID facebook anda dalam membuat komentar

0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®