01 Oktober, 2011

Lebih 400 Ribu Guru Harap Penambahbaikan Laluan Kerjaya

KUALA LUMPUR: Seramai 430,000 guru sekolah berharap kerajaan akan memberi penambahbaikan laluan kerjaya mereka terutama bagi guru bukan siswazah.

Presiden Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (Kongres)Jemale Paiman berkata peruntukan anggaran belanja mengurus perjawatan perlu dikaji semula agar bersesuaian dengan jumlah bilangan guru sedang berkhidmat yang harus mendidik hampir 5.5 juta murid.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)




"Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyegerakan penstrukturan Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah bagi menggambarkan keseimbangan perjawatan," katanya pada Mesyuarat Dwitahunan Kongres ke-15 di sini, Jumaat.

Jemale berkata guru bukan siswazah yang baru tamat pengajian hanya dilantik kepada gred DG41 jika dibandingkan dengan Kementerian Kesihatan atau Pejabat Kastam yang sudah melaksanakannya terus kepada gred DG42.

"Kesatuan meminta KPM menambah Cuti Rehat Khas yang diperuntukkan kepada guru di sekolah dari tujuh hari setahun kepada 20 hari setahun, bagi memberi peluang kepada guru di sekolah menikmati anugerah 'Golden Handshake' apabila bersara daripada perkhidmatan," katanya.

Dalam mesyuarat tersebut, ahli-ahli kesatuan telah membincangkan masalah-masalah dihadapi dan mendapat persetujuan ahli persatuan bagi mengemukakan cadangan kepada KPM.

"Kami juga meminta KPM menawarkan gred pelantikan jawatan yang lebih tinggikepada guru-guru yang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dan kedoktoran," katanya.- BERNAMA


petikan M Star Online


  • berikan pendapat anda dengan ID facebook

0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®