29 September, 2011

Buta sebelah mata layak dikategori sebagai oku

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Bermula Sabtu ini, individu yang buta sebelah mata juga akan dianggap sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) dan boleh didaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Keputusan ini dibuat pada Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi OKU pada Selasa lepas yang membolehkan golongan itu selepas ini layak menerima segala keistimewaan yang disediakan untuk OKU di bawah JKM sekiranya mereka berdaftar,” katanya.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)



Shahrizat berucap pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Hari Terbuka MAB di Kompleks MAB di sini hari ini.

Selain itu, beliau berkata, semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara wajib melantik seorang wakil dari golongan OKU untuk berada di dalam Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan di kawasan masing-masing.

petikan Utusan Online


saya mula buta sebelah mata pada usia 5 tahun. Boleh baca kisah hidup saya pada entry pelangi petang

Sehingga berusia 21 tahun masih belum berdaftar dengan JKM .. dan akhirnya setelah itu baru berdaftar. Pada usia 26 tahun kehilangan kesemua penglihatan.

Sesiapa yang belum berdaftar silalah berbuat demikian untuk kebaikan diri sendiri.





  • gunakan ID facebook anda dalam meberi ulasan

Copyright © dunia rasasayang ®