Saya salah seorang pengguna telefon prabayar (prepaid) amat terkejut dengan pengumuman yang rancak diperkatakan. Malah dalam Utusan hari ini melalui laporan muka hadapannya memaparkan bantahan pelbagai pihak mengenai perkara tersebut.
Bagi yang tidak faham lagi, cukai 6% tersebut akan terus dikenakan kepada pelanggan yang membeli topup. Jika anda membeli topup Rm10.00, maka yang akan terisi di dalam telefon bimbit anda ialah sebanyak RM9.40 sahaja. RM0.60 telah "disonglap" oleh kerajaan melalui cukai perkhidmatan.
Hari ini dalam suratkhabar memaparkan bantahan pelbagai pihak antaranya:
“Keputusan itu tidak masuk akal dan kami membantah perlaksanaanya. Selama ini, jika kita membuat panggilan dan tidak berjawab, ia tetap dikenakan caj, inikan pula hendak perkenalkan cukai perkhidmatan.
“Oleh itu, saya menyeru agar kerajaan membuat keputusan teliti dan jangan sewenang-wenangnya meluluskan permintaan syarikat-syarikat telekomunikasi tersebut,” - Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Ma‘amor Osman
Saya mengucapkan syabas kepada kerajaan dan syarikat telekomunikasi yang mengaut untuk berbillion ringgit setahun dari urusniaga telefon di Malaysia.
Apakah sejarah bakal tercatat, sebuah kerajaan yang telah lama memerintah akan tumbang dalam pilihanraya akan datang gara-gara cukai prepaid? Jika kerajaan terus menerus "membuli" rakyat, semuanya tidak mustahil.
Katakan pengguna prepaid di Malaysia mencecah 15 juta pengguna dan kita ambil setiap orang membuat topup purata RM30 sebulan. Maka dari situ setiap orang / nombor prepaid akan menyumbang RM1.80 sebulan. Dan RM1.20 sebulan didarabkan dengan 15 juta pengguna maka hasil yang bakal dikumpul adalah sebanyak RM27 juta sebulan.
Dalam setahun jumlahnya akan menjadi RM324 juta.
Apapun alasan yang akan dinyatakan terutama hasil cukai akan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui pembangunan, namun realitinya rakyat terpaksa berbelanja lebih untuk meneruskan hidup di Malaysia. Pelbagai cukai dan kos sara hidup yang semakin tinggi sudah cukup memeritkan. Sedangkan di satu pihak lagi mendakwa kerajaan tidak menguruskan kewangan dengan sempurna. Ketirisan dan pembaziran!
Jika hasrat kerajaan merealisasikan cukai perkhidmatan ini bermula 15 September 2011 menjadi kenyataan, kita tengok apaakan jadi pada pilihanraya akan datang.
p/s: kadang-kadang tersangat muak dengan syarikat telco di Malaysia.
kongsikan pandangan anda dengan menggunakan akaun facebook