21 Jun, 2011

NUTP syor insentif guru buat kerja tambahan

KOTA BHARU: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan supaya membayar insentif atau bayaran khas kepada guru yang memiliki kepakaran dan sanggup melakukan kerja tambahan di sekolah.

Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pada dasarnya, kira-kira 17,000 ahli NUTP sentiasa bersedia dengan beban kerja tambahan yang terpaksa dilakukan di sekolah bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berjalan lancar. Katanya, guru yang memiliki kepakaran lebih dari satu mata pelajaran itu tidak pernah menerima sebarang bayaran atau insentif lain walaupun terpaksa menanggung bebanan kerja terutama menjadi guru ganti mata pelajaran tertentu.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)





“Guru yang memiliki kepakaran lebih dari satu mata pelajaran itu tidak pernah menerima sebarang bayaran atau insentif walaupun dibebani dengan kerja tambahan dan kira-kira 17,000 ahli NUTP sanggup memikul beban itu.

“Memandangkan selama ini mereka bekerja dalam keadaan sukarela, sudah tiba masanya kerajaan menimbangkan usul supaya guru memiliki kepakaran dan bersedia dibebani kerja lebih itu dibayar insentif sebagai menghargai khidmat mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung NUTP Cawangan Kelantan Ke-19, di sini, semalam.

Yim Pheng berkata, dalam perkembangan lain, NUTP berharap kerajaan akan mengkaji semula skim bayaran guru daripada tiga baris seperti yang dipraktikkan sekarang kepada sistem sebaris, dengan mewujudkan satu gred satu baris.
Katanya, melalui kaedah ini, ia boleh mewujudkan satu laluan budaya kerjaya lebih lancar, profesional, sihat dan berkualiti sekali gus meningkatkan tahap P&P yang cemerlang untuk kemajuan pelajar di negara ini.

“NUTP juga meminta kerajaan supaya menilai semula guru yang sudah lama berkhidmat dan berpengalaman menerusi skim gaji bersepadu, yang mampu mewujudkan laluan kerjaya menarik kepada guru bermula dari gred 41 sehingga gred seterusnya.

“Apabila skim itu dipersetujui kerajaan, guru yang berpengalaman ditambah tempoh perkhidmatannya dan secara tidak langsung mereka layak menerima kenaikan gaji sebelum bersara dengan bayaran pencen lebih besar, sesuai dengan tempoh berkhidmat,” katanya.

Ditanya mengenai cadangan kerajaan menggantikan Peperiksaan Tahap Kecekapan (PTK) kepada Program Sepadu Pembangunan Kompitensi (PROSPEK), beliau berkata, NUTP bersedia mengikuti dasar baru itu, namun berharap pelaksanaannya nanti harus mengambil kira kepentingan guru.

“NUTP harap PROSPEK ini akan memberi peluang kepada ramai guru untuk naik pangkat tanpa sekatan dan kesulitan, selain berharap kerajaan akan memanggil kami untuk membincangkan sebarang cadangan baru sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Berikut dipaparkan beberapa komen yang dipetik dari laman tersebut:


Senarai komen
mahaguru

Terima kasih NUTP kerana sentiasa berjuang untuk membantu guru-guru. bagi kakitangan awam yang lain desaklah persatuan anda untuk bersuara jangan biar mereka terlena di mahligai sana.

Faizul

Kehadapan cik Siti..
Kami tidak pernah berkira dengan beban tugas kami sebagai guru, malah ikhlas mengajar utk kepentingan negara masa hadapan..Siapalah kami sebagai guru nak minta itu ini dari kerajaan. Cuma, kami bersyukur dengan adanya NUTP yang nampak hasil kerja kami dan berjuang utk kami, itu sahaja..Tolonglah jangan nampak kami ini sebagai peminta sedekah, kerana sebahagian yang bakal menerima tuntutan ini kemungkina ialah bekas guru anda. Sila buat tuntutan hak anda, kami taida masalahFOziBadan-badan atau kesatuan kerajaan jabatan lain tidak seaktif dan tidak memahami keperitan seperti NUTP, daripada mengeluh disini, apa kata anda meberi komen kepada Kesatuan-kesatuan untuk jabatan lain, jikalau tiada guru...tiadalah jabatan lain.

Norzuliyanti Ahmad KasimInsentif

guru buat kerje lebih...man dungunHarap selesaikan dulu tuntutan yang belum selesai ketika pengumuman PM sempena hari guru tempoh hari antaranya kenaikan pangkat GPK DG32 sekolah rendah seperti yang dinikmati GPK DG 44 Sekolah Menengah. Kalau banyak sangat tuntutan baru susahlah, sedangkan tuntutan dahulu belum selesai. Selesaikan satu persatu .

mohd nur b maming

NUTP juga perlu memikirkan nasib golongan PPPLD yang telah berada di tangga gaji maksimum DGA34 (P2-T7) sejak 2000, di mana selama itu tidak pernah menikmati sebarang kenaikan dan pemberian insensif,walau pun telah lulus PTK peringkat iv. Saya mencadangkan supaya golongan ini diberi kenaikkan pangkat secara automatik ke gred DGA38 sebagai imbuhan terhadap pengalamannya dan juga usaha peningkatan kendirinya. Kebanyakan mereka ini telah berkhidmat melebihi 30 tahun sebagai PPPLD. mohd waridi bin md

ibrahim

saya bersetuju dengan kenyataan diatas. itu juga sebagai penghargaan kepada guru tersebut.

Roslan Swak

Saya mmg menyokong penuh saranan NUTP yg amat prihatin dgn nasib guru2 spt kami. Sbg cth, kami GPK cuma dibyr elaun tggunjwb sbyk RM60 sbln, sdgkn bebanan kerja lbh byk sekali ganda drpd guru2 lain. Sya juga mengajar subjek BM kelas Th.6/UPSR selama 10 tahun berturut2 tanpa elaun tambahan demi melihat anak didik berjaya. Selepas lebih 20 thn berkhidmat, apalah salah saya menikmati elaun lebih masa spt yg disarankan, tmasuk juga guru2 lain yg sanggup bekerja lbh masa atas kerana ingin melihat seklh maju,cemerlang dan gemilang.

orangkecilkaji

la...muhdnape guru ni xhabis habis dengan gaji la, naik pangkat la... kakitangan kerajaan jabatan lain pun xla kecoh pasal gaji dan elaun. kalau da tau gaji dan kerja sebagai guru byk, jgnla minta kerja jadi guru. byk lagi sanggup menjadi guru tanpa byk songeh. buat malu je.,

Siti

Salam,
Saya hairan kebelakangan ini kerap sekali NUTP meminta pelbagai insentif daripada kerajaan dengan alasan pelbagai bebanan tugas baru cabaran baru atau bagi tujuan menghargai jasa mereka.Memang benar tidak dinafikan banyak jasa guru yang kita amat hargai. Namun bukan ke sudah terlaluan meminta terlalu banyak dari kerajaan sedangkan perkhidmatan kerajaan yang lain juga memerlukan perhatian yang sama? Adakah sekarang guru-guru sudah tidak lagi ikhlas menjalankan tugas dan mesti mendapat ganjaran setimpal dengan apa yang mereka telah sumbangkan? Ada seramai 1 juta kakitangan kerajaan yang juga mahukan perhatian yang sama tetapi tidak mendapat keistimewaan yang sedemikian dari pihak kerajaan. Di manakah keadilan lantaran PM mahu kakitangan kerajaan berdaya saing efisien serta produktif dan layanan hanya diperolehi oleh sesetengah perkhidmatan kerajaan sahaja. Nasihat saya bersyukurlah dengan apa yang ada serta kalau meminta ingatlah rakan kerajaan yang lain. Kami pun mahu layanan yang sedemikian juga.

Rahim

Setuju dengan cadangan NUTP...minta kerajaan prihatin juga kepada guru-guru. Guru sekarang banyak dibebani dengan berbagai tugas diluar pengajaran dan pembelajaran. Cabaran yang dihadapi oleh guru kian mencabar.

*Apa pula komen anda? Lontarkan di sini ...

sumber klik sini

Copyright © dunia rasasayang ®