12 Jun, 2011

Biadap ke kurang sopan?

Cuti sekolah dan blog pun turut cuti. Hahahhaha bukan tak ada internet tapi berehat dari menulis seketika.

Pada 30hb Mei hingga 2 Jun 2011 yang lalu saya sempat mengikuti Seminar Anjakan Paradigma dan Teknologi Baru bagi pekerja cacat penglihatan anjuran SBM.





Tak banyak yang menarik perhatian saya. Cuma teruja menanti kereta khusus untuk orang buta. Di seberang laut sana, parapenyelidik sedang berangan-rangan untuk merealisasikan orang buta memandu kereta di jalanraya.

Segalanya mungkin suatu hari nanti yang tidak tahu bila masanya, kita bakal berselisih atau beriringan diatas jalanraya. Masa kecil-kecil dulu, selalu tengok cerita "Knight Rider" yang kereta hitam boleh memandu sendiri tanpa pemandu.



Ah ... alangkah seronoknya kalau saya berada dalam kereta terssebut. Namun bukan itu isi cerita kali ini. Cerita berkisar dengan sikap segelintir rakyat Malaysia terhadap orang buta seperti saya dan rakan-rakan yang lain.

Alkisah, tatkala saya sedang berborak bersama rakan di bilik menunggu di lobi hotel, berbual kosong sambil mendengar butirpercakapan dari kaca tv. Bersama saya, abang Rahim, Kak Norazlin dan Kak Azizah. Dan antara kami Abang Rahim dan Kak Azizah berstatus rabun. Maknaya masih boleh melihat paparan di kaca tv.

Tiba-tiba dengan lenggok kaki (dengar bunyi kasut tinggi) datang dan terus menutup tv.

Kami terpaku dan diam seketika sehingga Kak Norazlin berkata "so rude"

Menurut abang Rahim, siapa lagi kalau bukan pekerja di situ yang menutup tv. Apa dan kenapa saya pun tidak tahu.

Yang pasti mungkin terlintas di fikiran pekerja tersebut, orang buta tidak perlu menonton tv!

Sebagai tambahan, bilik menunggu tersebut terletak dalam bilik kaca.

Jika anda sebagai tetamu hotel atau tetamu rumah orang, ketika anda sedang menonton dan tuan rumah menutup tv, apa reaksi anda?

Hendak saja saya tanya pekerja wanita tersebut, tapi Kak Norazlin dan yang lain berkata tidak perlu.

Jadi apa ayat paling sesuai untuk pekerja tersebut?

Biadap atau kurang sopan?

8 Ulasan:

KANG LATEP berkata...

asalamualaikum cikgu, maaf nak tanya bagaimana ye cikgu boleh menghayati sesuatu cerita di tv? ajaib la..

rasasayang79 berkata...

waalaikumsalam. terima kasih kerana sudi singgah . kita tunggu jawapan dari orang lain dulu. insyaAllah ada pencerahan tu. bukan tak nak jawab, tapi saya nak tengok jawapan terutama dari orang celik. sekali lagi terima kasih. nanti.

Tanpa Nama berkata...

salam.. yang membezakan manusia dan binatang ialah pada akal. manusia lengkap dengan nafsu dan akal, manakala binatang cuma ada nafsu saja.
time nak guna nafsu, manusia sama je dengan binatang , tak guna akal. pintu akal time tu tertutup rapat, berkunci dan bermangga besi platinum tak boleh di potong.sebab tu tak ada bezanya bila kita sering terdengar ungkapan " nafsu macam binatang!" time "atuk" rogol budak kecik, bapak rogol anak sendiri dan sebagainya..

so, sebaik baik kejadian di muka bumi ini ialah manusia. manusia dengan akal mereka.. kenapa perlu kita tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tak berselerrak?

rasasayang79 berkata...

salam tanpa nama 12 Jun 2011 8:35 AM

terima kasih kerana sudi singgah. no komen untuk itu. saya menanti jawapan dari rakan-rakan yang lain. dialukan. sekali lagi terima kasih kepada yang sudi singgah. yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan. insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Salam pemilik blok dan KANG LATEP. Begitulah indahnya ciptaan tuhan... saya teka, orang seperti cikgu menghayati cerita di TV menerusi dialog cerita. betol kan kan kan? bukan suatu keajaiban tetapi suatu keindahan ciptaan tuhan yang tidak dapat kita tafsir melainkan kita memasuki alam yang sama.

Mehmed - berkata...

sabar tuan dengan proses mu..aku kagum..

rasasayang79 berkata...

terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan membaca.

tengah malam ni saya nak jawab solan dari sahabat kita yang ingin tahu

"bagaimana ye cikgu boleh menghayati sesuatu cerita di tv?"

saya jawab begini, saya tiada penghilatan tetapi masih boleh mendengar. ibarat kita menghayati drama di radio. mendengar iklan di radio dan sebagainya. tiada visual tapi kita mentafsir dan menghayati melalui pendengaran.

tapi kalau nak tanya dia pakai baju warna apa, dan lain-lain yang seperti orang celik melihat, memanglah saya tak dapat nak beritahu.

jika soalan sahabat tadi berkissar pada kereta knight rider tu, masa tu saya masih boleh melihat. jadi saya boleh ingat dan cerita.

saya berterima kasih kepada sahabat yangn bertanya. sekurang-kurangnya kita saling cuba memahami dan saling mendekati angtara golongan orang normal dan orang kelaianan upaya seperti saya. teruskan singgah ...

wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Salam cikgu Azhar...
pelik pulak rasanya bila cikgu kata tak boleh melihat kerana semasa mengenali cikgu rasanya cikgu hanya rabun masih boleh melihat dan pelajar yang sangat aktif dan pandai..

apapun, cuma nak share pendapat tentang pekerja tu, mungkin lebih baik mendapat kepastian kanapa dia buat begitu, kalau arahan dari majikan, boleh dimaafkan. kalau disengajakan mungkin boleh dikatakan biadap!

+

Terbaru ...

Copyright © dunia rasasayang ®