22 Februari, 2010

Pelangi Petang siri 13

Kelas 1.06 terletak di bangunan Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik (SBPS). Setiap kelas enempatkan kira-kira 20 hingga 30 orang pelajar dalam setiap kelas. Kelas berhawa dingin dengan papan putih menjadi rujukan. Kalau tak silap ada lima puluh kelas keseluruhan untuk pelajar Matrikulasi Sintok.

Aku bersama rakan sebilik, Asni, Khairul dan Aizham duduk dalam kelas yang sama. Selain itu yang aku masih ingat nama kawan-kawan sekelas seperti Ujang, Syukri, Dino, Zahir, Abdullah (Kota Tinggi), Helmi dan entah ramai lagi yang aku tak ingat. Hehehehe.. sorry ye kawan-kawan kelas yang membaca.








Majoriti dalam kelas aku semuabekas pelajar sekolah elit. Bila sesi memperkenalkan diri, bila aku sebut nama daerah aku di pelusuk negeri Pahang, maka ramailah yang ketawakan aku.

Berbeza di Matrikulasi, kami berpakaian segak dengan baju kemeja panjang bertali leher.Yang sedihnya, aku tengok kawan-kawan aku pakai tali leher yang cantik-cantik dan baju berjenama. Aku pula aduh.. sedihnya dengan tali leher yang kecil dan baju yang murah. Apa boleh buat,pakai sajalah.

Kelas kami tidak bercampur lelaki dan perempuan. Kalau lelaki, semua lelaki. Heheheeh.. lu pikir la sendiri kan?

Dalam kelas tu macam biasa aku akan duduk di tempat paling hadapan sekali. Namun yang aku khuatiri berlaku juga. Walau aku duduk depan, aku masih tetap tak nampak apa yang para cikgu tulis kat papan putih tu.

Kali ini berbeza sikit. Tak sama masa aku duduk di sekolah menengah dulu. Kalau di sekolah menengah dulu, kawan aku Subra atau Shahir yang banyak membantu, kali ini semua bawa diri masing-masing. Ditambah pula dengan kebodohan aku tak mahu berterus terang dengan pihak pentadbiran Matrikulasi. Aku sangat khuatir jika aku ditendang dari pusat itu atas kekurangan aku. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku berfikiran begitu.

Pelajaran kali ini ku rasa sangat susah. Terutama bagi subjek yang aku tidak ada pengetahuan asas. Matematik Tambahan dan Perakaunan langsung aku tak faham. Masa dulu aku tak pernah ambil pun subjek tu.

Hati aku setiap hari resah gelisah. Aku hanya mendengar apa yang dikatakan oleh cikgu. Pelajar lain bila di tanya semua angguk tanda faham. Aku pula terkial-kial untuk menyesuaikan diri.

Dari hari ke hari, bab demi bab terus malangkah. Aku hanya meminjam nota dari Asni dan rakan-rakan yang lain untuk ku salin semula dan baca. Namun aku tidak faham sepenuhnya.

“Ya Allah, mengapa berat benar ujianmu kepada hambamu ini” rintih hatiku. Terus terang aku katakan, aku sangat takut pada kegagalan. Aku sangat risaukan harapan menggunung keluargaku.

Seawal pagi, kami beratur kiri dan kanan jalan untuk menaiki bas ke kelas. Kolej tempat kami tinggal dengan SBPS agak jauh juga. Kalau jalan kai mahu mngambil masa 20 minit. Mahu berpeluh juga. Masa itu kami tidak dibenarkan membawa motorsikal atau kenderaan lain. Maka berhimpit-himpitlah kami menaiki bas.

Semasa berhimpit-himpit tu, aku yakin, ramai pelajar lelaki dan perempuan yang sudah berkenal sapa dan mmmm mungkin bercinta.Bagi aku????


Copyright © dunia rasasayang ®