16 Februari, 2010

Pelangi Petang Siri 12

Mingu-minggu di bumi Sintok sangat merimaskan. Aku duduk sendirian di kaki tangga memerhatikan dari jauh rakan-rakan bermain bola tampar dan badminton.

Ahh.. sunyinya hatiku. Mengapa aku tidak ikut serta mereka. Hatiku tetiba sebak, sedih mengenangkan semua itu. Apakan daya, jika hendak diikutkan hati ingin rasanya aku menyertai rakan-rakan yang lain bermain di waktu petang.

"Azhar.. kamu kena kurangkan aktiviti sukan yang lasak. Mata kamu tu terlalu sensitif, takut-takut urat saraf tu akan terjejas dengan aktiviti sukan" nasihat Doktor Ropilah masih terngiang-ngiang di telingaku. Aku menjadi serba tidak kena. Mahu bermain bersama rakan-rakan atau mendengar nasihat doktor.







"hang kena dengar cakap doktor, hang ada mata yang ni saja. Kalau jadi apa-apa kat mak, sapa nak jaga hang nanti". Sayup-sayup ku dengar pesan ibu di bawa angin petang di depan Kolej MISC.

"weh pak aq, jom la main. kenapa kau tak nak join kitaorang?"

PA'AQ.. satu gelaran yang aku terima semasa di bumi Sintok. "Aq" adalah singkatan gelaran Azhar bagi orang utara. Kalau yang lebih tepatnya digelar "At" sahaja.

"kau orang mainlah dulu, aku kurang sihatlah"

Aku berbohong begitu kepada rakan-rakan agar mereka tidak bertanya terlalu banyak. Bukan aku tidak mahu. Siapa yang mahu duduk sahaja begitu. Bukan juga aku sombong.ahhh... biarkanlah, lama-lamam ereka tahu juga .

Aku dibekalkan dengan wang saku lebih kurang RM200 sebulan. Duduk diperantauan dengan wang sebanyak itu, apalah yang mampu aku buat. Jika dikira makan sahaja sudah mencecah RM5 sehari. itupun makanan paling simple. Tak usahlah bermimpi nak makan sedap. Jadi teman karibku diwaktu malam adalah Maggie.

Maggie.. maggie.. maggie.

Ini belum termasuk lagi dengan keperluan seharian dan bahan untuk pengajianku. Terlalu sengasara ku rasakan ketika itu. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Waktu itu kedai yang selalu kami budak Matrikulasi kunjungi adalah kedai Koperasi Kolej Perwaja. Kolej Perwaja ni adalah tempat di mana senior yang menyertai askar wataniah. Masa tu gerun lah sikit tengok abang-abang senior.

Satu hari pernah aku dan rakan-rakan ditengking kerana memijak kawasan rumput di hadapan kedai koperasi tersebut. Ala.. kawasan rumput tu macam taman mini la. Naik pucat juga muka aku. hehehe padan muka, sapa suruh lalu kat situ.

Aku masih ingat, bila masa nak beli Maggie, aku akan pastikan tiada pelajar perempuan dalam kedai tu. Bukan apa, malu la nanti mereka tengok aku asyik makan Maggie saja. Masa tu pemikiran aku ni tak la canggih mana. Perasan nak ngorat tu ada juga. Tapi, cerminlah diri dulu. Dah la tak nampak hehehehe

Rupa-rupanya bila aku dah makin lama kat situ, baru aku tahu, pelajar perempuan lagi la kua kuat makan Maggie. Hehehehe ada geng lah nampak gayanya.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Aku makin rindukan kampung halaman. Aku dapat merasakan kepenatan ibu bersengkang mata menguruskan keluarga dan berniaga. Oh ibu... besar sungguh pengorbananmu.

Kami memulakan kelas seawal jam 8.00 pagi. Berbaju kemeja dan bertali leher. Segak aku rasakan. Namun ada yang tak kena pada aku. Kenapa?

4 Ulasan:

haziamur berkata...

heheheh..ade sambungan pelangi petang 12..dah lama i tunggu.teruskan PP siri 13

Anonymous berkata...

Inilah masa yang ditunggu2.. tahniah, harap dapat meneruskan coretan ini...tak sabar rasanya nak baca sambungannya....

Sweet berkata...

kenapa pendek sangat bab ni?

pentadbir berkata...

thank all coz sudi membaca. ala sweet. ish manis betul. takut lak kencing manis. nantilah bila ilham datang mencurah-curah akan dipanjang citer ni. anyway. tahnks 4 support me

+

Terbaru ...

Copyright © dunia rasasayang ®