07 Disember, 2008

Menconteng blog saya?


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Fuhh.. sejak dua hari ini saya dalam usaha untuk “refresh” blog saya agar nampak lebih kelainan dan lebih menarik.

Sungguhpun begitu, saya menghadapi kesukaran kerana ianya melibatkan rekabentuk dan warna. Manalah saya nampak nak tengok warna, tambahan pula perisianJAWS untuk membantu saya menggunakan komputer tidak boleh “describe” warna dan gambar.

Terpaksalah meminjam “mata” seorang rakan yang baik hati untuk memilih rekabentuk warna yang bersesuaian. Sungguh baik hati rakan itu kerana sanggup melayan kerenah rasasayang79 ni. Memang agak cerewet juga saya ni kerana semua nak kelihatan menarik. Ada bentuk dan warna yang sepadan. Apabila dah ada yang berkenan, kena fikirkan konsep blog pula. Huh, lecehnya.

Sebelum itu saya mencuba seorang diri seharian untuk menukar blog saya ini. Bila sudah setting, saya meminta rakan saya melihat blog saya dan ..

“heee.. buruk tu warnanya, tak ngam tu”

Maka terpaksalah saya mengubahnya sekali lagi. Proses pengubahsuaian itu agak lama juga dan boleh membuatkan putus asa.

Dan akhirnya, lihatlah seperti yang anda lihat sekarang. Jika tidak bagus, anggaplah seorang buta sedang melukis dan mewarna.

Sekali lagi terima kasih kepada rakan yang “meminjamkan” matanya. Apa pula kata anda, tak mahu pinjamkan “mata” dan “idea” anda?


p/s: mungkin jua akan di"refresh" sekali lagi

kembali ke laman utama
Copyright © dunia rasasayang ®