18 November, 2008

Pelangi Petang Siri 11

Hmm.. dah agak lama aku tidak menulis sambungan kisah Pelangi Petang ni.. ramai yang dah bertanya . Maklumlah nak tulis kisah hidup ni bukan mudah, lagipun memerlukan masa dan keselesaan. Apapun aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi membaca kisah hidup ini.

Minggu pertama di bumi Sintok..

Minggu-minggu pertama di bumi Sintok tidak ada banyak perkara yang boleh aku ceritakan selain tempoh aku kena "ragging" dan tempoh penyesuaian diri.






Masih aku ingat masa sesi orientasi pelajar baru dengan pelajar senior, kami kena berlari untuk ke dewan kuliah, ke masjid atau ke mana saja. Kata abang-abang senior masa sangat berharga. Memang agak penat jugaklah dan yang aku tak lupa adalah apabila kaki aku melecet di bahagian tumit kerana bergesel dengan kasut semasa berlari.

Manakan tidak, kami disuruh memakai kasut untuk ke masjid. Bayangkanlah dengan memakai baju melayu dan kain pelikat, kena pakai kasut pulak tu, tak kan lah aku nak pakai stokin. Lagipun nanti susah kalau nak buka nak ambil air sembahyang.

Semua itu adalah pengajaran dan pengalaman yang sangat berguna bagiku. Aku tersenyum sendirian bila mengenangkan semua itu.

Semasa sesi orientasi, kami dibahagikan mengikut kumpulan. Pelajar masa tu aku kira ramai jugalah, kalau tak silap hampir dua ribu orang. Itu baru di cawangan induk iaitu di bumi Sintok. Belum campur pelajar matrikulasi di cawangan sementara di Kuala Nerang.

Kami didedahkan dengan pelbagai kehidupan di universiti. Dengar penceramah dan pakar profesional memberi taklimat kadang-kadang membuatkan mata cepat layu. Lagipun duduk dalam penghawa dingin memanglah begitu. Masa di kampung dulu, mana aku belajar di dalam penghawa dingin. Semuanya menggunakan kipas angin saja.

Selepas habis minggu orientasi, aku kena "demam rindu atau home sick". Ya .. demam rindu selama dua minggu aku demam. Maklumlah tak biasa berjauhan dari mak ayah. Masa-masa demam rindu tu makan pun tak lalu. Hari-hari telefon mak di kampung. Masa tu mana ada lagi telefon bimbit macam hari ni. Semua pakai telefon awam. Maka kena beraturlah nak tunggu giliran menelefon.

Aku mua berkenalan dengan lebih ramai rakan yang kalau nak kira ramai jugaklah. Dah tak ingat pun sesetengah nama. Kepada rakan-rakan yang tahu cerita ini, aku minta maaf la sebab tak sebut nma engkau orag .. heheheheheheh

Semasa sesi orientasi tu, adalah pemilihan untuk Majlis Perwakilan Matrikulasi (MPM), kira sama jugaklah denagn Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Yang bezanya, MPM ni hanya untuk pelajar matrikulasi sahaja.

Masa tu, aku ni bukanlah terkenal sangat, tambahan pula aku bukan pelajar sekolah elit seperti SMART Labu dan sebagainya. Aku hanya seorang pelajar kampung sahaja.

Masa pemilihan tu, ada la kawan aku ni yang cabul mulut pi calonkan aku sebagai ketua paras block. Masa tu kalau kita memegang sebarang jawatan dalam matrikulasi ni ianya akan dikira automatik sebagai AJK, MPM yang akan ditentukan kemudian.

Aku menolak kerana aku tiada pengalaman sangat nak jaga block tempat aku tu. Lagipun masa sekolah dulu aku dikira "low profile" berbanding rakan-rakan yang lain. Aku tidak boleh menolak lagi. Maka disitulah bermula episod yang memalukan yang akan aku ceritakan kemudian..

Berbalik kepada cerita masa minggu-minggu terawal di bumi Sintok tu, aku masih lagi terkial-kial untuk menyesuaikan diri. Maklumlah, keadaan mata membuatkan aku agak terbantut untuk bergerak. Hai... mengapalah mereka lantik aku jadi ketua paras block. Masa tu tak ramai yang tahu aku cacat. Pengetua dan guru-guru matrikulasi belum aku beritahu. Hanya dua tiga orang sahaja rakan yang tahu aku bermata satu.

Aku bukan pelajar OKU kerana masih tak berdaftar dengan JKM. Aku bimbang jika aku mendedahkan identitiku, aku akan dibuang dari pusat Matrikulasi ini.

Tengok, betapa bodohnya aku masa tu. Kini baru aku tahu, kalau aku berdaftar dengan JKM dah tentu aku akan jadi anak emas JKM. Boleh dapat elaun bulanan lagi. Rugi, rugi.... Silap-silapp haribulan boleh keluar TV dan suratkhabar.

Kami diagihkan mengikut kelas. Aku masih ingat, aku ditempatkan ke kelas 1.06, tempat kami belajar di Sekolah Bahasa dan Pemikiran Saintifik. Di UUM tidak dipanggil Fakulti tetapi dipanggil Sekolah. Nak ikut Universiti Harvard la katakan...

Dalam kelas aku tu ada lebih kurang 30 orang pelajar lelaki. Kami di asingkan antara lelaki dan perempuan. Jadi, tak ada peluanglah nak mengorat.. hehehehehee

Bersambung dengankisah lebih menyayat hati...

6 Ulasan:

Mohd. Sufian berkata...

bila nama aku nak keluar dalam kisah hidup kau ni? jangan lupa masukkan kisah mandi air terjun batu hampar, muzium arkeologi lembah bujang, dan mandi air terjun batu hampar...

pentadbir berkata...

hehehehhe.. teringat aku masa tu kan :) , gambar ko mandi ***** nak letak juga ker? heheheheheheheh

zilla berkata...

uish... cayalah... tak ku tahu yang kawan aku sorang ni pandai menulis.. ko tak masukkan kisah kita kt sekolah menengah dulu.. bukan ke masa tu ko syok kat aku.. he..he..

pentadbir berkata...

eh zilla. jangan cakap kuat-kuat. malu la hehehehhehehehehe

Anonymous berkata...

untuk insan istimewa, awak memang insan istimewa bkn dr kecacatan awak tp istimewa dr kelebihan yang ada pada awak buat saya kagum dengan awak walaupun pelbagai rintangan yang awak lalui awak tetap menghadapinya dengan kesabaran dan ketabahan awak yang tinggi.....tapi kita tunggu bila nak sambung pelangi petang siri 12...rasanya byk lagi awak nak kongsikan dalam blog awak ni .....klu awak ckp pelangi tue sekarang dah tak nampak tapi dalam hati awak pelangi masih bersinar dengan warna warni yang sememangnya cantik yang belum hilang dan tak akan hilang dalam kehidupan awak.....

Sinchan berkata...

salam...ye la nama saya plak bila nak ada dlm blog nie...hehehhe

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®