14 Ogos, 2008

Pelangi petang siri 07

Setelah berfikir dan berbincang dengan ayahku, maka aku mengambil keputusan untuk menukar aliran pengajianku dari aliran sains tulin kepada aliran sastera.

Aku berjumpa dengan pengetua dan menyampaikan surat yang diberikan oleh Dr Ropilah kepada pengetua sekolah ditemankan oleh ayahku. Setelah berbincang, pengetua pun setuju untuk menukarkan aku dari aliran sains ke aliran sastera.

“Jangan risau, jika awak tidak lulus, awak boleh mengambil sekali lagi keputusan SPM itu” kata pengetua kepadaku.






Tersirap darahku dan gelap pandanganku bila mendengar kata pengetua itu. Apakan tidaknya, aku mahukan kejayaan bukannya kegagalan. Apatah lagi mendengar istilah mengulang balik peperiksaan.

Bagiku, adalah menjadi satu kepincangan dalam hidupku jika aku gagal. Aku tidak sanggup mengulang peperiksaan. Aku tidak mahu diejek rakan-rakanku. Aku tidak mahu dipandang hina oleh orang lain kerana mengulang peperiksaan SPM sekali lagi.

Bukanlah aku terlalu takut untuk menghadapi kegagalan tetapi pada zaman itu , pelajar yang berasrat untuk mengambil sekali lagi peepriksaan SPM terpaksa bersekolah penuh sekali lagi. Maknanya aku kena dudukk di tingkatan 5 sekali lagi dengan juniorku.

Aku masuk ke kelas 5B dan belajar pelajaran baru iaitu Sastera, Geografi dan sains biasa. Ini perkara baru bagiku kerana aku sudah ketinggalan hampir setahun dari rakan-rakanku yang lain.

Kesukaranku bertambah kerana aku sukar untuk mengulangkaji pelajaran dengan keadaan mataku yang begitu. Aku kena tingkatkan usaha.

Masalah juga timbul dek kerana mataku. Keputusan percubaan SPM hanya memperolehi agregat 24 sahaja. Subjek Matematik mendapat P8 iaitu boleh dikatakan tidak lulus. Aku tidak mempunyai masa yang lama sebelum menduduki pepriksaan sebenar. Rasa bimbang menyelubungi diriku.

Suatu pengalaman baru telah mengajar diriku. Jika kita inginkan kejayaan, kita pasti akan menghampiri kejayaan tersebut. Bagi matapelajaran Matematik, aku dan rakan-rakan menebalkan muka mengetuk rumah cikgu Aziz di malam hari.

“cikgu, boleh tolong ajar kami Matematik” minta kami apabila memberi salam di suatu malam.

“kamu semua ni, tau kan ni malam-malam hari, saya nak rehatlah bersama keluarga” jawab cikgu Aziz dengan ketawa. Kami rasa cikgu tidak marah tetapi memberi penjelasan yang baik.

“macam nilah, jika kamu nak saya beri kelas tambahan.. kamu kena cari 10 orang dan kalau kamu tak cukup 10 orang tu untuk kelas tambahan, saya tak mahu buat untuk kamu” kata cikgu Aziz dengan ketawanya.

Akhirnya kami berjaya mencari 10 orang untuk kelas tambahan tersebut termasuk diri saya. Berbeza dengan pelajar sekarang, walaupun sudah tersedia kelas tambahan percuma dan kesediaan guru untuk belajar tetapi sikap pelajr sekarang tidak mahu belajar.

Diringkaskan cerita, setelah bertungkus lumus untuk menghadapi peperiksaan SPM maka tibalah masa aku menghadapi peperiksaan sebenar.

Di sini tercetus satu lagi sejarah dalam hidupku. Kertas peperiksaan SPM untuk diriku berbezadengan kertas soalan biasa. Saiz tulisan dan bentuknya dibesarkan sehingga seperti akhbar sisipan dan aku diasingkan dari pelajar lain. Maknanya aku mengambil peperiksaan keseorangan dan terpisah di bilik lain oleh rakan-rakan.

Sekali lagi aku terasa terasing dengan rakan-rakan…..

7 Ulasan:

Timun Laut berkata...

Teruskan....

pentadbir berkata...

ya, go go go

rumaizah berkata...

hi awak....nape awk stop kat situ sj...buat suspen je...cepat la PELANGI PETANG 08..sy tunggu..walaupun sy jarang online sekarang ni..tp blog awk sy selalu je buka bila ada masa...

pentadbir berkata...

relek la, macam cerita suspen.. biar orang tunggu.. hehehehe

Anonymous berkata...

Siapa kata pelajar sekarang tak mahu belajar? Kalau begitu mustahillah kita boleh mewujudkan pelajar yang mendapat strait As.

ashaf berkata...

"hai rumaizah...heeee"

sungguh istimewa...kertas peperiksaan yg berbeza di bilik berbeza. namun tak semua keistimewaan menjadikan kita gembira kan...

bro...mu insan istimewa...istimewa bukan kerna kekurangan tetapi kerana kelebihan dan kesungguhan pada azam dan tekad mu.

bab budak zaman sekarang malas belajar, aku setuju sgt!!! tak payah suluh org lain, aku sendiri pun camtu.

pentadbir berkata...

something wrong with dasar?

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®