15 Oktober, 2011

Alahai cikgu pendidikan khas

Baru balik dari seminar sehari guru-guru cacat penglihatan bersama NUTP. Saya salah seorang peserta yang menyibukkan diri dalam seminar tersebut yang dijalankan di Vistana Hotel, Kuala Lumpur.

Bila sebut guru cacat penglihatan sudah tentu orang awam akan ingat guru pendidikan khas. Ya betul dari satu sudut tapi hakikatnya saya sendiri mengajar di sekolah normal.

Sebenarnya ada dua golongan guru cacat penglihatan. Pertama mereka yang bernaung di bawah Bahagian Pendidikan Khas, (BPK) Kementerian Pelajaran dan golongan kedua seperti saya yang bernaung di Bahagian Sekolah seperti cikgu-cikgu normal yang lain. Atau lebih mudah disebut cikgu buta di aliran perdana.

Apa beza antara guru buta di BPK dan cikgu buta di aliran perdana?

(klik butang papar di bawah untuk meneruskan bacaan)







Hohohoho jika ditanya apa beza antara dua golongan ini, maka dapatlah disimpulkan seperti berikut:
  • Guru buta di aliran perdana mengajar pelajar celik seperti cikgu normal yang lain, cikgu buta di BPK mengajar pelajar pendidikan khas.
  • Cikgu buta di aliran perdana tidak mempunyai pegawai pembantu murid (PPM), guru buta di BPK disediakan PPM yang sudah pasti mampu memudahkan urusan P&P samaada membantu mengawal kelas danmenyediakan bahan.
  • Guru buta di aliran pedana tidak menerima elaun pendidikan khas tetapi sebaliknya guru buta di BPK menerima elaun guru pendidikan khas. Jumlahnya RMxxx
  • Guru pendidikan khas mempunyai badan pemantau (BPK) yang meneydiakan latihan, kemudahan dan bantuan tetapi tidak hbagi guru - guru buta di aliran perdana.
  • Rata-rata guru buta aliran perdana tidak diberi peluang untuk mengajar subjek option masing-masing tetapi tidak pula dipastikan bagi guru buta BPK. (fakta sebenarnya tidak dapat dipastikan 100%)

Banyak persoalan yang berada di minda bak lirik lagu Najwa Latif dalam cinta muka buku

Soalan pertama, kenapa cikgu buta di aliran perdana tidak diserapkan ke BPK?Jawapannya sila tanya BPK dan Kementerian itu sendiri. Mereka tentu lebih arif dalam aspek pengurusan.

Kedua, jika tidak mendapat sebarang kemudahan / latihan, apa yang cikgu buta di aliran perdana buat? Jawabnya, cikgu buta di aliran perdana "survive" dengan cara sendiri. Belajar berdikari! Tapi seperti prinsip saya, kesusahan itu mengajar saya lebih kuat. Lebih fleksible. Kami guru-guru buta di alaran perdana tidak akan patah semangat dalam mendidik anak bangsa, agama dan negara walaupun dalam serba kedaifan.

Ketiga, kenapa cikgu buta di aliran perdana tidak "pencen" sahaja dari dunia perkhidmatan? wow, ini statement menarik. Apakah dengan statement itu tidak mencabuli hak asasi manusia terutama orang kurang upaya? Sila rujuk Akta OKU 2008.

Keempat, kelima dan seterusnya mungkin akan dikupas lebih lanjut kepayahan guru buta di aliran perdana pada siri akan datang.

Saya sendiri sudah beberapa kali bercakap perkara ini di banyak forum, seminar dan perbincangan bersama pihak berkaitan. Hingga kini tiada jawapan positif. Tapi ... tapi .... dua hari lepas Puan Lok, Setiausaha NUTP berjanji untuk melihat perkara ini dengan lebih serius.

Itu orang yang cuba ambil berat dengan masalah kami guru-guru di aliran perdana. Guru buta di BPK pula macam mana? Simpati dengan kami? huhuhuhu
malas nak cerita panjang respon yang diterima. Cuma boleh ringkaskan sepatutnya sokongan 100% dihulur rakan senasib dalam usaha kami memartabatkan profesion guru-guru cacat penglihatan di aliran perdana.

Sebaliknya, semasa seminar kami pula dipersalahkan kerana tidak mampu "berdikari" kononnya. Bukan ini kali pertama, malah sudah acapkali dalam banyak sesi perbincangan.

Hello! Kami hanya mahu hak kami seperti mana guru buta di BPK terima . Bukankah kita sama-sama buta cuma padang kita saja berbeza!

Please, please, please, untuk sekelian kalinya jika ada lagi perbincangan seperti itu, give your support bukan sekadar menjadi "penghalang" dalam usaha kami.

ramaikah guru cacat penglihatan di aliran perdana?

Jumlahnya memang kecil mungkin mencecah 30 - 50 orang. Saya sendiri tidak pasti kerana tiada satu data khas disediakan pihak KPM. Mungkin juga lebih.

Hakikatnya siapa tahu esok lusa anda / cikgu lain pula akan buta seperti kami? Hanya Allah sahaja yang tahu. Misalnya terbaru di Melaka terdapat dua orang guru menjadi buta ketika mereka masih dalam perkhidmatan sebagai guru. Puncanya kerana pelbagai penyakit seperti kencing manis dan kemalangan.

Cuba fikirkan mereka yang tetiba cerah menjadi gelap. Tanpa latihan dan kemahiran yang khusus, macam mana mereka akan "survive" dalam dunia perkhidmatan?


  • gunakan ID facebook anda dalam memberi ulasan

Copyright © dunia rasasayang ®