24 September, 2011

WOW internet berkelajuan 42 mbps dengan hanya RM48 sebulan

Hari ini saya terbaca dalam akhbar Harian Metro
mengenai tawaran hebat dari U Mobile mengenai pakej jalur labernya yang terbaru.

Ianya boleh mencecah 42 mbps (42 megabyte per second). Laju gila kan? Saya berpendapat ianya sangat laju dan mengancam.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)



Ini bermakna jika anda download lagu dari laman web ianya mungkin memakan masa kurang sesaat untuk sebuah lagu. Itulah namanya kelajuan. Namun ianya bergantung kepada server laman web tersebut.

Berbalik kepada pakej U Mobile ini, ianya datang dalam dua pakej iaitu pakej 5GB dengan yuran langganan RM48 sebulan dan RM108 untuk 20GB. GB = gigabyte.

Dan menurut pemahaman saya yang tidak seberapa ini, 5GB dan 20GB itu adalah had maksimum bandwith (download). Ini bermakna jika anda menggunakan internet sebulan dan melebihi 5GB penggunaan (kadar download), mungkin capaian internet semakin perlahan.

Bagi kaki download, 20GB dengan harga RM108 sebulan mungkin menjadi pilihan. Namun jika anda pengguna biasa sekadar bermain facebook dan menonton youtube, cukuplah sekadar dengan RM48 sebulan untuk pakej 5GB.

Namun bukan itu yang hendak kita bincangkan. Kita hendak bincangkan mengenai kelajuan jalur lebar yang sedia ada dalam pasaran kini. . Siapa tahu mungkin ini pakej yang menarik buat anda berbanding "berukband" yang anda miliki sekarang. Jika anda pengguna servis internet jalur lebar yang lain, sudikanlah berkongsi maklumat mengenai pekej yang anda ambil sekarang diruangan komen. Apa? Saya tidak tahu berapa kelajuan dan bandwidth broadband saya? Malang seribu kali malang.

Tapi8 jangan risau, hubungi customer service telco yang anda langgan dan bertanyalah lanjut mengenainya.

p/s: setakat cerita ini ditulis ianya hanya ditawarkan di Lembah Klang, Seremban, Port Dickson dan Johor Bahru. Ah alangkah malangnya saya. hahahha


  • kongsikan pandangan anda menggunakan akaun facebook

Copyright © dunia rasasayang ®