A. TERDAPAT 4 LANGKAH DALAM MEMBUAT PERANCANGAN KEWANGAN ANDA.
- TETAPKAN MATLAMAT
- KEMANA ALIRAN RM ANDA
- BUAT PENILAIAN MENGENAI CARA ANDA BERBELANJA
- BINA PELAN BELANJAWAN
1. Matlamat kewangan anda - Apa yang anda akan lakukan dengan wang anda. Dengan menetapkan matlamat kewangan , akan menjadikan anda berbelanja dan menyimpan dengan betul agar matlamat tercapai. Ada 3 tempoh perancangan ini iaitu, Jangkapendek,sederhana dan panjang.
2 & 3. Anda perlu tahu kemana anda telah membelanjakan wang anda. Mudah aje, tulis dan rekodkan setiap perbelanjaan yang anda keluarkan , dlm 8 minggu katakan. Bukan utk hadkan perbelanjaan tetapi untuk memantau perbelanjaan. Dari situ anda akan tahu , apakah perbelanjaan itu perlu atau tidak.
4. Selesai aja semua di atas, anda sudah boleh membuat perancangan belanjawan dengan teratur dan seminima mungkin.
B. Tiada waktu dan ketika yang sesuai untuk menyimpan.
- Lagi awal menyimpan, lagi banyak jumlah disimpan.
- Simpanlah sekurangnya 10% dari pendapatan anda SEBELUM berbelanja.
- Tingkatkan simpanan anda setiap kali menerima peningkatan dalam pendapatan.
- Simpanlah di dalam Unit Amanah atau pelaburan yang sah
- Pulangan yang tinggi untuk jangkapanjang - SIMPANAN anda akan Bertambah.
PRAKTIKKAN INI :-
PENDAPATAN - SIMPANAN / PELABURAN = PERBELANJAAN
BUKANNYA
PENDAPATAN - PERBELANJAAN = SIMPANAN / PELABURAN
Dengan melakukan ini - anda PASTI mempunyai simpanan dari pendapatan anda setiap bulan. TAK PERCAYA?????? CUBA LAH.