Memaparkan catatan dengan label KAKITANGAN AWAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAKITANGAN AWAM. Papar semua catatan

23 Oktober, 2015

Kakitangan awam Bajet 2016: Kakitangan awam dapat ini

Kerajaan akan memberikan pemberian khas sebanyak RM500 kepada kira-kira 1.6 juta penjawat awam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 700,000 pesara kerajaan pula akan menerima bayaran khas RM250.

“Kedua-dua bayaran ini yang berjumlah hampir RM1 bilion akan dibuat pada bulan Januari 2016,” katanya ketika membentangkan Bajet 2016 bertemakan 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.

Dalam pada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan bersetuju menambah baik beberapa perkara bagi menghargai sumbangan dan khidmat bakti kakitangan perkhidmatan awam.

Ini termasuk menetapkan gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam kepada RM1,200 sebulan yang akan memanfaatkan 60,000 penjawat awam, selain menambah baik 252 skim perkhidmatan yang bermanfaat kepada 406,000 penjawat awam.

“Kerajaan juga bersetuju menetapkan kadar pencen minimum RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 pesara awam dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan,” katanya.

Selain itu, Najib berkata, kerajaan akan memberi faedah pemindahan gaji bersamaan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred, yang akan memanfaatkan 1.6 juta penjawat awam dengan peruntukan RM1.1 bilion.

Tambah beliau, pegawai lantikan ‘Perkhidmatan Kontrak’ yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam juga akan dilantik secara tetap.
Kesemua pelaksanaan itu dengan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion akan berkuat kuasa 1 Julai 2016, katanya.

- Bernama

20 Mac, 2015

Statistik pekerja OKU dalam perkhidmatan awam

Bilangan pekerja Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sektor awam dan swasta belum menepati sasaran Dasar Satu Peratus pembabitan OKU dalam sektor
pekerjaan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, berkata berdasarkan rekod Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia,
setakat Disember 2014, hanya 4,147 OKU berjaya mendapatkan pekerjaan dan ditempatkan di pelbagai sektor pekerjaan.

Daripada jumlah itu, 3,741 direkod sedang berkhidmat sebagai penjawat awam di pelbagai kumpulan perkhidmatan dalam kementerian, jabatan dan agensi kerajaan,
katanya menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) yang bertanya jumlah pekerja OKU di sektor awam dan swasta mengikut kumpulan perkhidmatan.

"Daripada jumlah itu, tiga penjawat awam OKU sedang mengisi jawatan di peringkat pengurusan tertinggi sektor awam, 1,045 dalam perkhidmatan pengurusan
dan profesional dan 2,693 dalam perkhidmatan sokongan.

Bagaimanapun, secara umumnya pembabitan OKU dalam sektor pekerjaan masih belum menepati sasaran Dasar Satu Peratus OKU dalam sektor pekerjaan khususnya
di sektor awam", katanya.

Azizah berkata, usaha akan terus dipergiatkan bagi membolehkan lebih ramai OKU mendapat akses pekerjaan selaras dengan peruntukan yang termaktub dalam
Seksyen 29 Akta Orang Kurang Upaya 2008 dan komitmen negara di bawah Artikel 27 Konvensyen Mengenai Hak OKU yang diratifikasi pada 2010.

Katanya, Dasar Satu Peratus peluang pekerjaan yang diperkenalkan pada tahun 1988 telah diperkukuh melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2010
yang mula berkuatkuasa pada 15 Disember 2010.

Berdasarkan rekod Jabatan Perkhidmatan Awam, terdapat lapan buah agensi kerajaan yang mencapai sasaran Dasar Satu Peratus peluang pekerjaan kepada OKU
dalam sektor awam.

Antaranya Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (4.55 peratus), Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (2.94 peratus), Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional
(1.69 peratus) serta Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan dan Bahagian Perlindungan Jabatan Perdana Menteri masing-masing 1.43 peratus, katanya.

Azizah berkata, bagi meningkatkan peluang pekerjaan dan menggalakkan penggajian OKU dalam pasaran kerja, kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung
Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia telah mewujudkan Sistem Penempatan OKU (SPOKU).

Sistem itu, katanya, bagi membolehkan padanan pekerjaan dibuat antara calon OKU dengan jawatan yang sesuai di sektor swasta. -

Penyertaan OKU dalam sektor pekerjaan belum capai Dasar Satu Peratus | Berita Harian

15 Disember, 2012

Tarikh pembayaran gaji untuk kakitangan awam tahun 2013

Berikut adalah tarikh pembayaran gaji untuk kakitangan awam seluruh Malaysia pada tahun 2013. Rancang belanjawan anda secara berhemah.

  • 23 Januari 2013 (Hari Rabu)

  • 25 Februari 2013 (Hari Khamis)
  • Tahun Baru Cina: 10 & 11 Februari 2013

  • 25 Mac 2013 (Hari Isnin)

  • 25 April 2013 (Hari Khamis)

  • 23 Mei 2013 (Hari Khamis)
  • Pesta Menuai : 30 & 31 Mei 2013

  • 25 Jun 2013
  • Hari Gawai : 1 & 2 Jun 2013

  • 25 Julai 2013 (Hari Khamis)

  • 2 Ogos 2013 (Hari Khamis)
  • Hari Raya Puasa : 8 & 9 Ogos 2013

  • 25 September 2013(Hari Rabu)

  • 8 Oktober 2013 (Hari Selasa)
  • Hari Raya Haji 2013 : 15 Oktober 2013

  • 25 November 2013
  • Deepavali : 2 November 2013

  • 18 Disember 2013 (Hari Khamis)
  • Krismas : 25 Disember 2013

*Januari ada tambahan bonus 1/2 bulan untuk kakitangan awam
**Pekeliling oleh Jabatan Akauntan Negara
***Tertakluk kepada perubahan oleh kerajaan

copy URL ini dan share di fb anda ..



  • ulas sikit ...


+
Copyright © dunia rasasayang ®