30 Mei, 2016

Anugerah Guru Cemerlang OKU peringkat Negeri Pahang 2016

Pagi 26 Mei 2016, Tuan Pengetua datang dan membisikkan sesuatu perkara ditelingaku.

"kamu telah memenangi dan terpilih sebagai guru cemerlang OKU peringkat Negeri Pahang."

Bagai mimpi .. bagi guru kurang upaya penglihatan seperti aku untuk menerima anugerah tersebut. aku rasa sebenarnya aku tidak layak menerimanya ..

Manakan tidak, selama hamper 14 tahun aku berkhidmat, tiada satu pun anugerah aku terima. Hanya anugerah guru paling tabah / gigih sempena sambutan hari guru peringkat sekolah... Itupun hanya hadiah bekas makanan plastic! Tapi bersyukurkah, masih ada anugerah buat aku ....

Untuk APC? Aku pun tak pasti apa yang telah berlaku dalam bilik pengurusan ketika mereka bersidang ... macam kisah dongeng dengan senioriti ... Biarlah, mudahan aku ikhlas dalam perjuangan ini. Itu sekadar anugerah .. aku sedar diri, aku tidak layak dan tidak perlu ambil pusing. Please ... sedar diri sikit Azhar!!

Tup .. tup aku terima terus satu anugerah peringkat negeri .. ada juga rakan yang sinis bertanya;

"kamu belum dapat di peringkat daerah lagi kan .."

Untuk apa soalan itu ..?

Untuk apa dan mengapa ..?

Aku sebenarnya malu ... malu dengan diri sendiri ...

Tapi pagi itu Tuan Pengetua memberi satu harapan baru kepada dunia perguruan aku. Aku kena lompat dan berlari, tidak lagi boleh merangkak seperti dahulu.


Maka pada hari Jumaat, 27 Mei 2016, aku menerima anugerah ini di SMK Sungai Puteri, Rompin, Pahang.

Terima kasih kepada tuan pengetua, Encik Ghazali Maharuddin yang telah melayan aku seperti raja malam itu. Dia yang membawa aku naik ke atas pentas dan dia juga yang menghidangkan makanan kepada aku ..


Aku terima qada' dan qadar, ini semua sudah tertulis dan mungkin rezeki aku. Maka berserah diri aku pada Allah atas kurniaanNya.


Ketika aku melihat awan, hanya gelap yang ku lihat, tiada lagi warna biru luasnya langit .. namun kaki ini harus dan wajib melangkah .. melangkah untuk mencapai keredhaan ilahi. terima kasih semua atas doa dan sokongan kalian selama ini.




0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®