08 Mac, 2016

Toyota Hadir Dengan Project BLAID Untuk Membantu Orang Buta

Toyota mempunyai beberapa projek menarik selain daripada untuk pengangkutan, dan terkini mereka telah mengumumkan projek yang dinamakan sebagai Project
BLAID.

Project BLAID ingin membantu orang buta atau mereka yang mempunyai masalah penglihatan. Untuknya, ia hadir dengan sebuah peranti yang dipakai pada bahu,
dan ia disertakan dengan kamera terbina untuk mengesan objek dan tanda dihadapan bagi memudahkan pemakai untuk mengenal-pasti apa dihadapan dan apa yang
dinyatakan oleh sesuatu tanda – sebagai contoh tanda pada pintu tandas dan sebagainya.

Peranti ini boleh dikawal menggunakan input suara, dan ia memberikan maklumbalas dalam bentuk haptic kepada pemakai. Secara kasar, peranti ini akan mengimbas
persekitaran dan memberitahu anda apa yang anda lihat.



Toyota mengatakan mereka merancang untuk menambah lebih banyak sokongan padanya, termasuk teknologi pengecaman wajah. Project BLAID ini lebih kepada menyelesaikan
beberapa masalah yang tidak diatasi untuk peranti sedia ada bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan.

Projek ini masih dalam pembangunan buat masa ini, dan percubaannya dijangka dimulakan tidak lama lagi.
https://amanz.my/2016107122/

0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®