12 Januari, 2016

Permohonan biasiswa Shell Malaysia 2016

Biasiswa Shell Malaysia ditawarkan kepada pelajar Malaysia yang ingin menyambung pengajian atau sedang belajar secara sepenuh masa dalam program Ijazah Pertama di mana-mana IPTA dan universiti antarabangsa yang diiktiraf JPA serta di luar negara (United Kingdom, United States atau Australia).

Shell Malaysia telah menaja lebih daripada 1500 graduan yang layak untuk melanjutkan pengajian tinggi dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan industri Minyak dan Gas sejak diwujudkan.

Pelajar OKU digalakkan untuk memohon. Pilihan program tidak terhad dalam pilihan mereka dan boleh memohon untuk melakukan ijazah dalam mana-mana bidang.

Tarikh tutup: 10 Februari 2016 (Rabu)

Program Tajaan Biasiswa Shell Malaysia:
  • Kejuruteraan: Mekanikal, Sivil, Kimia, Petroleum, Elektrik dan Elektronik;
  • Sains: Geologi, Geosains, Geomatik, Geoinformasi, Biostratigrafi;
  • Komersil: Sumber Manusia, Kewangan dan Perakaunan, Perniagaan dan Pentadbiran.

Syarat Kelayakan Biasiswa Shell Malaysia (Dalam dan Luar Negara):
  1. Memiliki sifat kepimpinan yang baik dan penyertaan aktif dalam aktiviti ko-kurikulum seperti kelab dan persatuan, sukan dan sebagainya;
  2. Tidak terikat dengan mana-mana biasiswa atau pinjaman pelajaran daripada agensi lain;
  3. Mempunyai Kad Kenal Diri Orang Kurang Upaya yang disahkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (jika berkaitan);
  4. Pencapaian akademik yang konsisten sepertimana berikut:
  5. Sekurang-kurangnya PNGK 3.0 atau setaraf dalam peringkat pengajian Ijazah Pertama;
  6. Minimum PNGK 3.0 atau setaraf di peringkat Pra-Universiti cth: Diploma / STPM / IB, atau 2A dan 1B untuk peringkat A-Level / Asasi.

Cara Memohon Biasiswa Shell Malaysia:

Hantar permohonan melalui Portal Biasiswa SHELL dan muat naik CV dan transkrip akademik anda;
ke laman web biasiswa Shell
Sila baca Panduan Memohon Biasiswa SHELL untuk memastikan permohonan berjaya;
Hanya permohonan yang lengkap dan diterima melalui portal pendaftaran atas talian sahaja yang akan diproses. Permohonan yang tidak lengkap dan lambat akan ditolak;
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dimaklumkan untuk sesi temuduga;
Permohonan boleh dibuat berdasarkan keputusan semester terkini (untuk Matrikulasi, Diploma, A-Level, Asasi atau Semester 1 bagi pelajar Ijazah Pertama) atau keputusan percubaan (untuk pelajar STPM);
Shell Malaysia berhak untuk mengesahkan maklumat yang diberikan. Shell Malaysia bermatlamat untuk mencerminkan kepelbagaian dalam masyarakat dan akan menganugerahkan biasiswa atas prinsip tersebut.
Tidak perlu email atau pos permohonan anda. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emelkan ke scholarships@shell.com.

Sumber: Shell Malaysia
Copyright © dunia rasasayang ®