24 Disember, 2015

Resah tak bertepi

Ingin sekali aku menjerit, biar bergegar seluruh isi alam, biar semua orang tahu betapa aku dalam keresahan.

Tapi apa kata orang nanti, tidakkah aku digelar sudah gila?

Hanya ada satu nama. Ya, hanya ada satu nama yang meresahkan hidup aku kini.

Keresahan yang tiada penghujungnya.

Dari satu nama, wujud lagi dua nama.

Nama-nama itu kini bagai sembilu yang menusuk dan menghiris hati.

Tanpa sedar, nama-nama itu membuatkan aku mengalirkan air mata.

Air mata suci dari seorang lelaki.

Dulu aku coretkan nama-nama itu tanda kemegahanku.

Kini nama-nama itu pula menghimpitku!

Entah sampai bila!

0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®