31 Disember, 2015

Demo KNFB Reader untuk Android

Jika kita buta penuh, amatlah mustahil untuk membaca apa jua teks pada kertas, buku dan sebagainya. Tapi dengan bantuan teknologi, dengan menggunakan satu aplikasi yang dikenali KNFB Reader, suatu yang mustahil tidak lagi menjadi mustahil.

Aplikasi yang dibina untuk pengguna telefon pintar sama ada android mahupun I OS. Malangnya aplikasi ini tidaklah percuma. Perlu dibeli dari playstore atau appstore. Harganya memang mahal. USD100 atau bersamaan RM400 ++.

Walaupun mahal, ianya cukup berbaloi dan sangat-sangat membantu orang buta. Di bawah nanti ada tutorial mengenai KNFB Reader.

Difahamkan, ciri-ciri telefon pintar untuk memungkinkan kita menggunakan aplikasi ini juga perlu dalam kumpulan "high spec". Jika tidak ianya tidak berfungsi dengan baik.

Tekan play dan tunggu beberapa saat untuk audio loading, terima kasih

sumber audio: CBT

dapatkan terus dari playstore untuk android
dapatkan untuk iOS dari appstore









Copyright © dunia rasasayang ®