Tips menukar Bing search kepada Google search di dalam Internet Explorer
By default,Internet Explorer kita hadir dengan enjin pencarian "Bing". Memang ramai yang lebih mengemari enjin pencarian "google" dari yang lain.Selalunya kita akan menaip www.google.com kemudian baru isikan perkataan pencarian kita di ruangan edit box.
Sebenarnya kita boleh menukar search provider kita dari BING ke GOOGLE. Di bawah ini saya akan tunjukkan cara menukar bing ke pada google dan satu lagi tips ringkas dan cepat untuk mencari maklumat.
Menukar search provider kepada google search
1. Buka internet explorer
2. Tekan link di bawah atau boleh juga copy paste link tersebut di address bar Internet Explorer
http://www.iegallery.com/Addons/Details/813
3. Kemudian cari link Add to Internet Explorer
4. Selepas tekan Add to Internet Explorer, satu dialog box akan muncul;
Add Search Provider
Do you want to add this search provider?
Name: "Google"
From: www.iegallery.com
tandakan check pada
"Make this my default search provider"
dan juga check
"Use search suggestions from this provider"
Kemudian tekan butang Add
Selesai.
Mencari maklumat hanya menaip perkataan pada address bar
Dalam bahagian ini saya akan menerangkan bagaimana kita boleh mencari sesuatu melalui 'google search' tanpa perlu masuk ke laman www.gooogle.com
1. Buka Internet Explorer
2. Arahkan ke address bar seolah kita hendak menaip alamat web dan klik di sana.
* bagi pengguna cacat penglihatan boleh menekan butang F6 atau Control + L
3. taip perkataan seperti mesin basuh
4. kemudian tekan enter
5. Carian anda akan terus menuju kepada google search result.
6. Tips ini memudahkan pencarian dan menjimatkan masa anda dengan papan kekunci.
Selamat Mencuba dan jika anda rasa tips ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.
Seperti biasa, sebarang pertanyaan boleh dikemukan di ruangan ulasan atau terus kepada penulis.