19 November, 2014

Whatsapp: Orang cacat penglihatan pun boleh guna

Orang buta dan dunia 'touch screen'


semenjak orang cacat penglihatan beralih kepada smart phone yang menggunakan sistem 'touch sreen' dengan bantuan 'talk back' yang diperkenalkan oleh google, saya juga tidak ketinggalan untuk menggunakan aplikasi whatsapp.

Saya juga tidak mahu ketinggalan dengan dunia teknologi. Untuk itu, bermula daripada artikel ini, saya akan cuba untuk menulis mengenai smart phone yang berlandaskan sistem android. Semoga dengan penulisan ini, ianya dapat membantu rakan-rakan senasib yang mahu menjinakkan diri dengan dunia 'touch screen' mahupun menjadi pencerahan kepada orang normal di luar sana yang mungkin tertanya-tanya bagaimana orang cacat penglihatan boleh menggunakan smart phone.

Baiklah kali ini saya tampal dahuu petikan artikel mengenai perkembangan terkini aplikasi whatsapp berandaskan sistem android. Di lain masa saya akan embuat tutorial atau demonstrasi bagaimana menggunakan android. InsyaAllah.
*video demo mengenai talk back:



WhatsApp Memperkenalkan Penyulitan Menyeluruh Untuk Pengguna Android – Sekuriti Kini Lebih Baik


WhatsApp merupakan salah satu aplikasi permesejan yang digunakan secara meluas oleh pengguna seluruh dunia. Hari ini, mereka memperkenalkan fungsi penyulitan menyeluruh untuk perkhidmatan mereka, sekaligus menjadikan perbualan anda tidak boleh diakses oleh sebarang pihak ketiga.

Melalui kemaskini baru yang ditawarkan untuk pengguna Android, ia mengaktifkan sokongan penyulitan ini. Secara kasarnya, dengan perkara ini, mesej yang dihantar anda hanya boleh dibaca oleh penerima yang dituju sahaja, dan tiada sebarang pihak lain yang boleh membacanya – termasuk pihak WhatsApp sendiri.

WhatsApp menggunakan teknologi daripada Open Whisper Systems untuk menjayakan fungsi ini, sekaligus menjadikan perkhidmatan permesejan tersebut lebih selamat berbanding pelbagai perkhidmatan permesejan yang lain. Ia turut ditekankan yang mana berbeza dengan penyedia perkhidmatan lain, pihak WhatsApp tidak boleh membaca mesej anda walaupun mereka menerima permintaan dan arahan daripada pihak berkuasa disebabkan oleh penyulitan ini.

Buat masa ini, fungsi ini hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan diaktifkan untuk pengguna iPhone dan platform lain.

R*Penyulitan = Penukaran data sensitif kepada bentuk kod sulit untuk membolehkan data dikirim dengan selamat tanpa difahami oleh pihak lain.

Kini dengan whatsapp, saya boleh menghantar teks mesej, pesanan bersuara mahupun berkongsi lagu dan video. :)

Sumber Rujukan: WhisperSystems dan amanz.my




Copyright © dunia rasasayang ®