11 Oktober, 2014

Bajet 2015: Elaun Pekerja Cacat dinaikkan kepada RM350

Bajet 2015: RM1.2 bilion untuk golongan memerlukan dan OKU


  • Kerajaan bersetuju kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikkan daripada RM300 kepada RM350 manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200

Berita menggembirakan setiap OKU di Malaysia. Kerajaan telah menaikkan kadar Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM50 iaitu dari RM300 ke RM350.

Elaun Pekerja Cacat adalah satu elaun kebajikan yang diberikan kerajaan kepada golongan OKU yang berpendapatan RM1200 kebawah. Saya tak layak menerima EPC. Malah saya sendiri adalah penyumbang cukai kepada kerajaan.

Sebenarnya persatuan - persatuan yang mewakili OKU seperti SBM memohon EPC ditambah baik kepada RM500. Permintaan itu sudah agak lama dan sentiasa dipohon saban tahun.

Alhamdulillah, tahun ini angka RM300 tersebut sudah pecah. Walaupun sedikit tetapi sekurang-kurangnya ada perubahan dan semoga ia bertambah setiap tahun menjadi RM500.

(Diterbitkan pada: Oktober 10, 2014 19:13 MYT)

KUALA LUMPUR: Janji terhadap tanggungjawab sosial negara yang satu ini sememangnya tidak lari daripada jangkaan ramai.

Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak melalui pembentangan Bajet 2015 mengumumkan bahawa golongan memerlukan dan Orang Kelainan Upaya (OKU) bakal mendapat bantuan kewangan melalui pelbagai kaedah.

“Sejumlah RM1.2 bilion bantuan kewangan disediakan untuk keluarga miskin, kanak-kanak, warga emas dan OKU. Kerajaan bersetuju kadar bantuan bagi OKU bekerja dinaikkan daripada RM300 kepada RM350 manakala bagi OKU tidak bekerja dinaikkan daripada RM150 kepada RM200,” ujar beliau yang menyasarkan manfaat tersebut kepada 110,000 OKU,” ujar Najib.

Beliau juga mengumumkan untuk menaikkan pelepasan cukai bagi anak yang OKU daripada RM5,000 kepada RM6,000. Nilai pelepasan cukai yang sama turut diberikan bagi pembelian peralatan sokongan asas bagi diri sendiri, pasangan, anak dan ibu bapa OKU.

Seterusnya, kadar makanan harian bagi 8,700 penghuni di 63 buah institusi Jabatan Kemajuan Masyarakat dinaikkan daripada RM8 kepada RM16.

“Geran tahunan Majlis Kebangsaan bagi OKU juga ditingkatkan daripada RM500,000 kepada RM1 juta,” kata Najib yang turut mrngumumkan penambahan 5 buah Pusat Aktiviti Warga Emas menjadikan 50 buah di seluruh negara.

Semua program yang diumumkan tersebut adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM2.2 bilion.

Di samping itu, bagi mengukuhkan pendidikan awal kanak-kanak, Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak Rm711 juta kepada Kementerian Pendidikan, Tabika Kemas, PERMATA dan Tabika Perpaduan.

- dipetik dari astroawani.com

Apa reaksi anda?



0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®