25 November, 2012

Piala AFF 2012: Malaysia mula langkah sumbang

Malaysia bagus .. cuma Singapura lebih bagus!

Tamat 90 minit, Malaysia tersungkur di bumi sendiri kepada musuh tradisi Singapura dengan jaringan (3) untuk singapura dan (0) untuk Malaysia.

Rata-rata dalam facebook mahupun kedai mamak, semua melahirkan rasa kecewa yang teramat sangat. Kecewa kerana Malaysia terlalu bagus hingga tidak berbalas walau sebutir pun ke gawang Singapura.

Apa ramuan hebat Singapura yang sebelum itu membelasah Hong Kong dalam perlawanan persahabatan 4 – 0?! Itu yang perlu FAM selaku badan induk bola sepak negara meneliti dengan bijaksana ..

Gamaknya begitulah adat pemain-pemain Malaysia jika menerima habuan tinggi, lagi banyak terima lagi kurang berkualiti. Mungkin anda tidak bersetuju, tapi secara peribadi bertahun-tahun saya melihatnya.

Dari penjaga gol sehingga penyerang yang dijulang gilang-gemilang.

Mungkin Malaysia perlu memberi taraf kerakyatan kepada 22 orang pemain luar untuk mewakili Malaysia .. hahahah satu langkah tidak nasionalisme!

Sebut tentang jurulatih, ramai yang berbunyi, jurulatih ini perlu diganti. Terutama dengan statement-statement yang dikeluarkan beliau selama ini.

Ini perlawanan pertama, masih ada dua perlawanan lagi dalam peringkat kumpulan. Menentang Laos dan Indonesia.

Apa pun anda bebas untuk meberi ulasan dan pandangan mengenai perlawanan semalam …

Keputusan akhir perlawanan pertama Malaysia, Malaysia (0), Singapura (3)

Gol-gol Singapura:

  • Shahrik Ishak, minit ke 30
  • Shahrik Ishak,minit ke 36
  • Aleksandar Duric, minit ke 73


  • anda sakit hati?



Copyright © dunia rasasayang ®