18 Julai, 2012

Pelajar dibenar bawa telefon bimbit - reaksi awal NUTP

KUALA LUMPUR: NUTP menunggu maklum balas daripada ahli-ahlinya berhubung cadangan kerajaan membenarkan penggunaan telefon bimbit kepada pelajar sekolah.

Setiausaha Agungnya, Lok Yim Pheng, berkata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan kebangsaan Malaysia (NUTP) akan menyatakan pendirian rasmi selepas memperoleh maklum balas daripada ahlinya.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi secara tidak rasmi, ada di kalangan guru-guru yang bersetuju, tidak kurang juga yang berfikir lebih banyak keburukan berhubung cadangan tersebut," kata beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)





Tambah beliau, berdasarkan maklum balas yang diterima nanti, NUTP akan berbincang mengenainya sebelum mengemukakan sebarang tindakan kepada kerajaan.

Semalam, Kementerian Pelajaran dilaporkan dalam usaha merangka Draf Peraturan Pendidikan (Disiplin Murid) 2012 yang akan membenarkan pelajar membawa peralatan komunikasi termasuk telefon bimbit dan iPad ke sekolah mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, pihaknya bagaimanapun akan menetapkan garis panduan yang mengawal penggunaan alat komunikasi tersebut bagi mengelakkan ia mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Menurutnya, keputusan untuk membenarkan telefon bimbit dibawa ke sekolah adalah selari dengan perkembangan semasa serta mengambil kira faktor keselamatan pelajar.

Beliau juga dilaporkan berkata para ibu bapa pernah beberapa kali meminta Kementerian Pelajaran membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah bagi membolehkan mereka mengawasi pergerakan anak mereka.


Jom kita tinjau kebaikan dan keburukan dalam isu ini ..

KEBAIKAN:
  1. ibu bapa dapat mengawasi pergerakkan dan keselamatan anak selepas sekolah dan juga semasa sekolah
  2. pelajar dapat memperkasa teknologi maklumat dalam proses pembelajaran

KEBURUKAN
  1. pelajar lalai dengan pembelajaran, bermain sms, facebook, video lucah dan sebagainya
  2. potensi berlaku kecurian dan kehilangan harta (telefon bimbit) semakin tinggi
  3. beban guru semakin bertambah untuk mengendalikan kes disiplin pelajar berkaitan telefon bimbit
  4. tiada jaminan keselamatan pelajar di luar sekolah kerana tetap boleh dimatikan dan memberi pelbagai alasan seperti bateri habis


*Itu adalah sekadar pendapat mengenai kebaikan dan keburukkan membawa telefon bimbit ke sekolah. Memang ada perlunya kita lebih positif, bergerak seiring dengan arus zaman. Cuma tanyalah pada diri kita. Apalkah kita boleh mengawasi tingkah laku anak kita 100% di rumah dengan telefon bimbit dan gadget teknologinya? Fikir-fikirkan..



  • anda mungkin lebih bernas dalam isu ini ..

2 Ulasan:

Maiyah berkata...

salam..

mmg x bleh nnti ganggu bljr
kita yg tgh drive pun
sibuk gak nak main telefon
apalagi bebudak tu

~kokocincau~ berkata...

Cadangan yang cukup 'bernas' dari pihak KPM. Astro pon dah lancarkan Astro on the go. Tak nak benarkan budak2 tu bawa sekali astro on the go ke sekolah??

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®