22 Mei, 2012

Gurindam Jiwa



-tekan butang papar untuk bait-bait gurindam dan versi keroncong-





tuai padi antara masak
esok jangan layu layuan
intai kami antara nampak
esok jangan rindu rinduan

anak cina pasang lukah
lukah di pasang di Tanjung Jati
di dalam hati tidak ku lupa
sebagai rambut tersimpul mati

batang selasih permainan budak
daun selasih di makan kuda
bercerai kasih talak tiada
seribu tahun kembali juga

burung merpati terbang seribu
hinggap seekor di tengah laman
hendak mati di hujung kuku
hendak berkubur di tapak tangan

kalau tuan mudik ke hulu
carikan saya bunga kemboja
kalau tuan mati dahulu
nantikan saya di pintu syurga

pnota: bahasa melayu yang digunakan adalah bahasa lama. cintailah warisan seni melayu

*versi keroncong






  • kongsikan minat anda .. apa kata anda?

0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®