12 November, 2011

Guru bakal mengajar 9 jam sehari

Assalamualaikum dam salam bertemu dalam ruangan maya. Sebagai guru saya
tertarik dengan isu ini memandangkan cadangan oleh pihak kementerian untuk melanjutkan masa mengajar guru sehingga 9 jam.

Menurut laporan media portal, Malaysian Insider, seramai 5000 orang guru akan menjadi perintis dalam rancangan tersebut yang akan dimulakan pada Januari 2012.


(baca lanjut dengan menekan butang papar di bawah)




Ini bermakna, guru akan mula masuk kerja pada jam 7.30 dan hanya akan pulang pada pukul 4.30 petang. Dengan nada sinis, ada sahabat berkata adakah cikgu sudah mengambil peranan sebagai "baby sitter"? Pahit tapi mungkin itu adalah realitinya. Kan elok terus saja sampai pukul 5.30 petang atau 6.30 petang. Ibu bapa yang puolang dari tempat kerja boleh saja terus menjemput anak dari sekolah.

Isunya adalah mengenai masa lain yang terpaksa dikorrbankan oleh guru seperti latihan sukan dan permainan diwaktu petang selepas tamat sesi persekolahan, kelas tambahan, aktiviti kebudayaan dan keseniaan dan seribu macam lagi tugas guru yang ada sekarang.

Ini tidak termasuk tugas pengkeranian, tugas di pintu pagar setiap pagi macam pak guard!

Sehinggakan ada guru yang terpaksa mengorbankan masa bersama keluarga dihujung minggu. Itulah nasib guru.

Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menaikkan gaji guru yang akan bermula pada tahun hadapan, tapi kenaikan tersebut bukanlah hanya pada golongan guru semata-mata. Kakitangan awam yang lain juga mendapat limpahan dari pengumuman PM pada belanjawan tersebut. Cuba kaji gaji guru di luar negara. Tanya khabar mereka dalam menjadikan pendidikan nombor satu di negara masing-masing dan tahap gaji mereka berbanding kakitangan awam lain.

Sebelum itu, pagi tadi saya menelefon sahabat lama. Dalam sesi perbualan ada tersebut tentang kerja.

" ko dah gred 44 ke?"

"ya, aku kerja 5 tahun dah naik 44" jawab sahabat.

Bagi guru pula secara time base bermula tahun depan dikurangkan dari 10 tahun ke 8 tahun. Entah apa alasan JPA kita pun tak tau kenapa tak sama dengan kakitangan lain dalam kenaikan gred tersebut.

Di bawah ini, adalah petikan portal mengenai isu tersebut.


KUALA LUMPUR, 12 Nov — Kira-kira 5,000 guru dari hampir 104 sekolah di seluruh negara akan menjadi perintis kepada sistem waktu bekerja sembilan jam mulai Januari depan, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Presidennya Hashim Adnan berkata, pihaknya difahamkan sistem waktu bekerja baru itu akan dilaksanakan di empat negeri iaitu Pahang, Melaka, Johor dan Sarawak sebagai percubaan selama enam bulan.

Hashim menambah NUTP bagaimanapun berpendapat waktu bekerja tersebut tidak sesuai diamalkan di sekolah.

Katanya, NUTP menerima maklum balas daripada guru terlibat yang bimbang dan tertekan ekoran perubahan waktu kerja baharu itu.

Tempoh percubaan waktu bekerja sembilan jam sehari di sekolah terpilih itu akan dilaksanakan dua sesi iaitu 7.30 pagi hingga 4.30 petang dan 1.30 petang hingga 6.30 petang selama enam bulan.

Terdapat sekitar 400,000 guru di seluruh negara pada masa sekarang.

“NUTP berpendapat sistem bekerja sembilan jam seperti penjawat awam lain di pejabat tidak boleh diguna pakai dalam pendidikan sekolah.

“Selain bertugas sebagai pendidik, guru juga dibebani dengan tugas perkeranian termasuk mengisi data dan sebagainya. Malah, ada masanya guru terpaksa bertugas Sabtu dan Ahad untuk aktiviti badan beruniform, sukan dan kelas tambahan,” kata Hashim, dipetik Utusan Malaysian hari ini, pada sidang sidang media di Alor Setar.

“Kesatuan dimaklumkan bahawa para guru di sekolah terlibat sudah diberikan taklimat berhubung perkara ini,” katanya.

Tambah beliau, walaupun ia tempoh percubaan sebelum diperhalusi pelaksanaannya oleh Kementerian Pelajaran, ramai guru sudah merasa tertekan dan “kita bimbang perkara ini akan menganggu tugas mereka di sekolah.”

Sehubungan itu, kata Hashim, NUTP menggesa kerajaan supaya mengkaji semula perkara tersebut.

dipetik dari:

The Malaysian Insider


-*anda dialukan dalam memberi komentar. Berhujahlah dengan baik.



  • boleh gunakan ID facebook anda dalam memberi komen

2 Ulasan:

Online Biz berkata...

Just my opinion.. Is not wise to compare teacher with a babysitter. nape x ambil doktor pakar yg trpkse keje dlm hospital sehari semlmn? guru skg dh dpt gaji agk lumayan, n dr sgi mse keje pun agk pendek brbanding cikgu2 atasan. itu pun x bole nk trime lg?

Salina Azni berkata...

kita compare pula tangga gaji pegawai perubatan dgn guru... pegawai perubatan gaji permulaan RM 1999.19 manakala guru RM 1695.85. Beban kerja? Kerja guru kita nampak balik pukul 1.30 ptg tp hakikat sebenar bukan mcm tu... meh ke sek... jd guru sekejap dlm tempoh seminggu ke... guru bukan kerja mengajar semata2... habis kerja org guru sapu bersih.. baby sitter, lagi ler... anak sakit, hantar ke sek coz tk de org nk jaga.

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®