21 September, 2011

Pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah menengah tahun depan

PUTRAJAYA 21 Sept – Bermula tahun depan, pendidikan keselamatan jalan raya akan dijadikan kurikulum di sekolah menengah selepas ia diperkenalkan di sekolah rendah sejak tahun 2007, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan dan agensi berkaitan termasuk Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) untuk mendidik masyarakat supaya lebih berhemah di jalan raya sejak di usia muda, sekali gus membantu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)



Pada April 2007, JKJR dengan kerjasama Kementerian Pelajaran memperkenalkan pendidikan keselamatan jalan raya yang diterapkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, bermula di 1,000 sekolah rendah terpilih.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis perhimpunan 1MOT dan Mesra Aidilfitri kementerian itu di sini hari ini, Cho Ha berkata, pihaknya sentiasa mengambil berat tentang masalah keselamatan jalan raya di negara ini selepas Ops Sikap ke-24 menunjukkan peningkatan 16.6 peratus kes kemalangan iaitu kepada 19,606 kes berbanding 16,817 kes pada Aidilfitri tahun lepas.

Beliau berkata, JKJR turut memperkenalkan rancangan tindakan untuk 10 tahun bermula tahun ini hingga 2020 yang juga satu inisiatif di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya. – Bernama


sumber Utusan Malaysia


  • kongsikan pandangan anda dengan menggunakan akaun facebook

Copyright © dunia rasasayang ®