Alamak! Saya terlambat!!
Salam lebaran dan salam kemerdekaanHari ini sewaktu saya menulis entry terbaru blog, merupakan hari keempat umat Islam di Malaysia menyambut hari raya Aidilfitri.
Tidak seperti sebelum-sebelum ini, saya menulis pada malam menjelang raya atau sebelum hari raya. Namun kali ini saya terlewat ...
Namun apa boleh buat, asanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011 kepada semua pengunjung blog "bila insan istimewa menulis".
Sepuluh jari saya huluurkan memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kekhilafan dan keterlanjuran dalam menyusun kata-kata selama ini.
kongsikan pandangan anda dengan menggunakan akaun facebook