07 Julai, 2011

Cermin mata bionik untuk si buta

2014. Hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi untuk orang buta di dunia mampu melihat. Mungkin tidak sesempurna penglihatan manusia normal, namun dengan bantuan teknologi, orang buta mungkin mampu berdikari.

Saya sendiri teruja untuk menanti kemunculan cermin mata bionik yang menggunakan teknologi kamera pada cermin mata. Semoga ada cerah di hadapan sana.

(klik butang papar di bawah untuk membaca keratan akhbar)




LONDON - Sekumpulan penyelidik di Universiti Oxford, London sedang mencipta cermin mata bionik yang menggunakan kamera kecil dan komputer poket bagi kegunaan orang buta.

Cermin mata itu akan memudahkan orang buta untuk mencari arah di pusat beli-belah, stesen kereta api yang sibuk serta membolehkan mereka 'membaca'nombor bas dan tanda harga elektronik di kaunter bayaran.

"Kami berpuas hati dengan ciptaan ini. Dengan kos berpatutan, orang ramai boleh menggunakannya," kata penyelidik sains neuro klinikal, Dr. Stephen Hicks.

Penyelidikan awal mengenai kaca mata itu telah selesai dan pasukannya sedang menyediakan prototaipnya.

Kombinasi cermin mata yang ringan dan murah itu akan berada di pasaran seawal tahun 2014, sekiranya ujian yang dilakukan berjaya. Ia dikatakan sesuai digunakan oleh lebih 300,000 warga Britain yang dilaporkan buta.

*apa komen anda?

Copyright © dunia rasasayang ®