21 Julai, 2011

Al-Fatihah buat ayah angkat

Dari Allah kita datang, dari Allah jua kita kembali.

Sebak hari ini apabila menerima mesej yang membawa berita sedih. Di bumi Kangar Perlis ,ayah angkat saya, Encik Abdul Hamid, telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 2.30 petang tadi, 20hb Julai 2011.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)



Saya hanya dapat makluman kira-kira jam 8.30 malam tadi. Agak sukar untuk "terbang" dengan keadaan saya sebegini. Jenazah akan dikebumikan pagi esok. Sudah tentu saya akan terlepas untuk memberi penghormatan terakhir buat ayah angkat saya.

Jika saya normal seperti insan lain, sudah tentu saya akan memandu secepat kilat untuk menziarahi keluarga angkat saya di sana. Maafkan saya mak, adik-adik di sana. InsyaAllah saya akan cuba ikhtiarkan seberapa mampu esok hari.

Seperti mana yang dimaklumkan oleh ibu angkat saya, Puan Azizah, ... komplikasi akibat kencing manis yang kritikal adalah puncanya. Ayah angkat saya terpaksa dipotong kakinya sehingga separas peha.

Dan dengan sebab itu,penyakitnya semakin serius sehinggalah jam 2.30 petang tadi beliau kembali menghadap Ilahi.

Kepada ayah, saya doakan semoga ayah tenang di sana. Ditempatkan di kalangan orang yang mukmin dan dipermudahkan segala urusan. ALFATIHAH .....

p/s: sehingga kini masih tidak dapat melelapkan mata. Hanya doa dan iringan bacaan ayat suci untuk mu ayah.

Copyright © dunia rasasayang ®