07 November, 2016

Tips ringkas mengukur kelajuan internet (update 2016)

First kalau anda rasa artikel ini berguna sila share dengan rakan yang lain.

Bosan dengan kelajuan internet anda? Anda rasa internet anda lembap tapi tak tahu berapakah ukuran kelajuan internet anda?

Pengguna streamyx / unify mahupun pembekal telco lain sudah tentu ingin tahu berapakah kelajuan internet masing-masing, namun tidak tahu bagaimana nak mengukur kelajuan internet yang kita dapat.

  • Apakah kelajuan internet yang diperolehi setimpal seperti yang dilanggan?

Ada yang merungut, internet saya terlalu lembap, tapi bila ditanya berapa download dan upload speed tiada jawapan diberikan.

Kita boleh mengukur kelajuan internet kita melalui banyak laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Antara yang popular:

fast.com


Saya sangat suka dengan laman web fast.com. mudah, ringkas dan sangat membantu. Walaupun ianya hanya memaparkan ukuran download, tapi pengguna cacat penglihatan macam saya memang sangat mudah untuk digunakan. Boleh juga digunakan untuk telefon pintar
fast.com

atau anda juga boleh menggunakan servis perkhidmatan di bawah, cumanya kadang-kadang OK kadang-kadang tak OK.

P1 Speed Test


Bagi laman web P1 speed test, anda hanya perlu klik link yang diberikan dan tekan begin test. Tunggu seketika dam paparan keputusan download / upload akan terpapar selepas itu.
P1 Speed Test

speedtest.net


Website lain yang juga boleh dikatakan popular adalah dari speedtest.net

klik link yang diberikan dan mulakan test.

*bagi pengguna cacat penglihatan, sila tekan butang 7

Sebagai tambhan, kelajuan internet yang boleh dikatakan mencapai sasaran ialah apabila anda mendapat 80% dari jumlah kelajuan download yang dilanggan. Sebagai contoh, jika saya melanggan pakej streamyx 1MB (1000kb), saya seharusnya mendapat bacaan 800kbps ke atas untuk download.

Manakala PING adalah diantara 100 ke bawah dikatakan terbaik.

TIPS:
untuk memastikan ukuran yang baik, sila tutup semua aplikasi internet lain sebelum memulakan ujian.

Berapa kelajuan internet yang anda dapat? Saya dapat 8.3MBPS untuk rangkaian 3.5G :)

1 Ulasan:

dummyblog berkata...

Bagi saya speedtest.net yang tebaik sebab boleh try banyak server dari lokasi berbeza. Hanya pendapat.

+

Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®