28 Jun, 2011

Tingkatkan tahap keselamatan komputer dengan Malwarebytes

Salam bertemu kembali dalam siri perkongsiaan iT. Pada kali ini saya suka untuk berkongsi suatu perisian percuma yang sungguh efektif dalam membantu mencegah jangkitan viruses, worms, trojans, rootkits, dialers, spyware, dan malware pada komputer kita.

Perlu diingatkan, perisian malwarebytes bukanlah perisian total antivirus seperti AVG, Avira dan sebagainya. Tetapi ia adalah perisian tambahan yang membantu perisian antivirus yang sedia ada pada sistem komputer kita.

(sila klik papar untuk meneruskan / download perisian)





Untuk itu anda dinasihatkan memasang perisian antivirus dan malwarebytes sekaligus di dalam komputer.

Apa kelebihan malwarebytes mengikut pandangan rasasayang79?

  • Sudah tentu perisian percuma. Anda tidak perlu untuk malwarebytes pro sekiranya anda tidak perlu beberapa ciri tambahan sahaja seperti scheduling.
  • Ringan dan mudah digunakan
  • Malwarebytes dapat membantu dan menyokong perisian antivirus yang sedia ada. Jangan terkejut sekiranya antivirus anda tidak dapat mengesan tetapi malwarebytes sebaliknya.
  • Option block website yang berpotensi sebagai parasit / spy yang boleh mengodam PC kita.
  • Pengalaman 3 tahun bersama malwarebyte, memang tidak mengecewakan.

Anda boleh memuatturun perisian malwarebytes secara percuma dengan menekan link berikut:

download tekan sini

Jika hadapi masalah link download, sila ke

http://www.malwarebytes.org/

Dan anda boleh membaca review mengenai kelebihan perisian malwarebytes dengan klik di sini

Tutorial ringkas boleh rujuk di sini

Jika ada sebarang pertanyaan, perbincangan atau apa saja berkaitan topik sila kemukakan di ruang komen. Jumpa lagi.

p/s: tak salah kalau berkongsi dengan share / like kat facebook. betul tak? Kalau nak copy paste pun ok. letak kredit sikit pun kira ok. :)

Copyright © dunia rasasayang ®