28 April, 2011

Isu COLA: Murah sangatkah sara hidup luar bandar?

Sebelum ini CUEPACS ada memohon penyelarasan gaji dan elaun beserta kos sara hidup (COLA)untuk kakitangan awam seperti saya dibuat tahun ini bagi mengimbangi kenaikan harga barangan.

(baca lagi dengan klik butang "papar")






sumber klik sini

Untuk rekod, COLA di bandar adalah RM300 manakala bandar kecil RM200 dan luar bandar RM100.

Bagi pekerja di luar bandar betul ke kos sara hidup adalah rendah berbanding bandar besar seperti Kuala Lumpur?

Sebagai contoh, ikan kembung sekilo di luar bandar yang merah matanya mencecah RM12 sekilo manakala mengikut pengalaman saya di Kuala Lumpurharga ikan yang sama hanya RM6 ke RM8 sekilo.

Bagi kos pengangkutan, perjalan pulang dan alik ke tempat kerja di Kuala Lumpur jika menggunakan pengangkutan awam purata 8 ke RM10 sehari dan cuba fikirkan juga pekerja yang terpaksa pergi kerja dengan jarak 20 - 40 KM ke tempat kerja bagi di luar bandar. Berapa kos minyak yang terpaksa ditanggung?

Lain-lain kos saya rasa lebih kurang atau lebih mahal di luar bandar. Sewajarnya kerajaan menyelaraskan kos sara hidup (COLA) tanpa mengambil kira lokasi seseorang pekerja tersebut berkhidmat.

Kalau dah selaras nanti, kakitangan awam jangan lupa tunaikan tanggungjawab untuk meningkatkan produktiviti dalam perkhidmatan.

Mungkin rakan pembaca ada pendapat tersendiri yang boleh kita kongsi dan manfaatkan bersama.


Copyright © dunia rasasayang ®