17 April, 2011

Catatan konvensyen PPOBM

Lama benar saya tidak menjenguk blog ini. Maklumlah mempunyai sedikit tugasan yang perlu dibereskan. Rindu benar rasanya untuk menulis.

Pada 8,9 dan 10 April saya berada di Hotel Puteri Park, Kuala Lumpur untuk menghadiri Konvensyen 1 Malaysia OKU sejahtera anjuran Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM).

terus membaca dengan tekan butang "papar" di bawah:







Kehadiran saya adalah sebagai peserta. Banyak input yang dapat diketenghakan untuk menjadikan orang buta di Malaysia lebih "sejahtera". Kenapa saya meletakkan "sejahtera" sebagai perkara yang perlu saya tegaskan dalam tulisan kali ini?

Sudah tentu mempunyai hasrat dan mesej yang ingin saya sampaikan kepada pembaca di luar sana.

Menyentuh mengenai konvensyen berkenaan, beberapa slot yang saya masih ingat adalah pembentangan maklumat dari Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya, SUHAKAM, Jabatan Tenaga Buruh, Jabatan Perkhidmatan Awam, dialog bersama Maybank dan pencerahan dari unit iT oleh MAB.

Terus terang bagi saya, slot yang paling saya minati ialah ketika sesi dialog bersama Maybank. Terasa hangat dengan pelbagai isu yang dibangkitkan.

Sedar atau tidak, banyak OKU penglihatan di Malaysia sukar mendapat akses kepada mesin ATM, pinjaman dan sebagainya seperti insan normal. Malah ada sesetengah bank yang terlalu "ketat" polisinya dengan alasan bimbang akan tahap keselamatan. Namun ada juga pihak bank yang mengamalkan "pintu terbguka" kepada OKU penglihatan.

Maybank adalah sebuahbank yang terlalu "cerewet" dengan OKU penglihatan. Saya sendiri telah beberapa kali menghadapi kerenah pegawai Maybank.

Maka pada konvensyen kali ini, kami berpeluang untuk berbincang dan menyampaikan cadangan kepada pihak Maybank yang menyukarkan akses kepada kami selama ini.

Namun apakah pihak Maybank akan membuka mata seluas-luasnya. Kita tengok sehingga pertemuan konvensyen akan datang...

(bersambung kelak)

Copyright © dunia rasasayang ®