22 April, 2011

Blogger Mazidul ni hebat sangat ke?

Bila baca tajuk, jangan marah ye blogger otai Mazidul. Saya kata memang hebat. Tak pernah terlepas dengan artikel terbaru dari blogger otai ni. Macam-macam isu menarik!

Cerita pasal saudara Mazidul, saya suka melihat beliau di kaca TV sejak dari saya dibangku menengah lagi. Dulu sewaktu saya masih boleh melihat (sebelum buta penuh sekarang) saudara Mazidul ni berisi sikit orangnya. hehehe tak taulah sekarang.

(klik papar untuk meneruskan bacaan)





Jadi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada blogger Mazidul kerana sudi meletakkan blog "bila insan istimewa menulis" dalamsenarai papan kedua blog Mazidul. Bukan senang nak masuk list blogger otai kita ni. Dengar kata "banyak tapisan" juga hehehehe.

blog Mazidul klik sini

Ada sahabat blogger bertanya, betul ke saya ni buta. Susah nak cakap tanpa anda sendiri melihat kerana majoriti orang Malaysia masih berpendapat orang buta hanya mampu bermain alat muzik dan mengayam bakul. Atau sekadar membawa tisu dari meja ke meja.

Kalau sudi rajin-rajin melawat Kompleks MAB dan ke bahagian ICT. Di sana rakan--rakan boleh melihat bagaimana orang buta mengendalikan komputer seperti anda juga.

Dan sudah tentu saya juga buta penuh dan sepenuhnya mengendalikan blog ini. Esok atau lusa saya akan cuba buat rakaman bagaimana pembaca skrin berfungsi untuk golongan seperti kami sebagai pendedahan kepada warga Malaysia umumnya. InsyaAllah.

p/s: saya berterima kasih sangat kepada rakan blogger yang sudi nak letak blog saya dalam blog tuan-tuan semua. saya akan buka papan rakan blog sekarang untuk kita bertukar pautan. terima kasih :).

lagi p/s: teringin nak bertemu dengan abang Mazidul. hehehehe manalah tahu dapat belanja dari orang tu.


5 Ulasan:

zeqzeq berkata...

Tampal gambar. OTOT2 blog yang anda minati, atau simpan bwah bantal. Haha..biasakla minat lain jenis kan..

This Is KL THUGS berkata...

ciss.. mentang2lah dapat list sahabat blogger II, eksyenn yer!!! ehehehe... :)

Mazidul Akmal Sidik berkata...

Rasa Sayang, saya bukan manusia hebat. Itu jawabannya.

Saya mengkagumi gaya bahasa mudah di blog ini.

Apabila diperkenalkan kepada blog ini, baru saya tahu golongan orang kurang upaya penglihatan juga mampu berblog.

Saya selalu bergurau, kepada kenalan dan rakan saya katakan ...

"Ada waktunya saya tidak menggunakan mata normal, saya menggunakan mata hati untuk melihat"

Apapun, sebilangan manusia itu celik tetapi buta mata hati mereka. So sad but it is true.

InsyaAllah, jika ada rezeki, Allah akan mempertemukan kita.

Hantarkan butiran diri kepada saya melalui email mazidulakmal@yahoo.com

Salam.

rasasayang79 berkata...

buat This Is KL THUGS ... hehehhe jangan mare hehehehhe jemput kita tukar pautan ...

rasasayang79 berkata...

ha ... mekasih abg mazidul. betul, biar buta mata jangan buta mata hati....

bila turun bas ekspress, selalu hanya amoi saja yang tanya encik mau pergi mana? aweks melayu? hehehehehhehehe

+

Terbaru ...

Copyright © dunia rasasayang ®