25 April, 2011

Kisah seluar dalam type X

tersebutlah sebuah kisah di negeri pasir dua butir. abu bukan nama sebenar pergi ke pejabat tidak memakai seluar dalam.

bukan dia tidak mahu memakai seluar dalam, tapi seluar entah kemana dicarinya tidak jumpa walaupun satu. dia berusaha untuk mencari tapi apalah daya, tidak berjumpa. masa semakin suntuk, jika terus dicari, takut pula lewat ke tempat kerja.

(baca lagi dengan klik butang papar)







kalau nak ke pejabat tanpa seluar dalam, takut takut diketahui orang. Abu membuat keputusan jua, harus ke pejabat tanpa seluar dalam. Biarlah, takkan orang nak sibuk tahu dia pakai seluar dalam ke tidak.

Malangnya, rakan karibnya, Megat jenis suka bertanya. memang kebiasaannya, Megat akan bertanya sambil berseloroh, "hari ni kau pakai seluar dalam ke tidak?

kalau sekadar bertanya tidak terlalu beratbagi Abu, malah akan diceritakan pula satu pejabat dari penjaga pintu pagar sampailah pengarah nombor satu. Makcik Bibah yang pencuci tandas pun diberitahunya. Gerun si Abu. Namun, Megatlah satu-satunya rakan karib yang senasib dengannya.

Abu ni pula tak reti dia nak tipu, sebab dia bimbang menyakitkan hati rakan karibnya. lantas dia berseloroh agar-agar rakan karibnya itu faham dan mengerti.

"aku pakai la, tapi seluar dalam aku koyak. hahahhaa."

Niat asal Abu nak berseloroh dan mengendur ketegangan dirinya agar rahsia dia tidak memakai seluar dalam tidak terdedah.

Namun sangkaan Abu meleset, ingatkan Megat akan gembira dan berhenti bertanya. Rupa-rupanya, ditanya pula itu dan ini. kenapa seluar dalam kamu koyak, mana pergi seluar dalam kamu yang lain. boleh aku tengok seluar dalam kamu yang koyak tu?

Abu terpinga-pinga, ditimbang-timbang untuk membantu rakannya yang resah gelisah itu. tapi apakan daya, berterus terang mengaibkan dirinya. rakan-rakan pejabat banyak lebih suka ketawa dari simpati. Abu semakin bimbang. semakin resah.

Abu mengharapkan agar Megat berfikiran lebih matang, membantu menyelesaikan masalah dirinya, bukan lebih menyesakkan fikirannya. dah la persoalan seluar dalam yang ghaib tu tak selesai lagi. ditambah lagi memikirkan cara untuk menambat hati rakan-rakannya.

Abu teringat pada pesan orang tua-tua

"baik lidah kita, baiklah hati kita"

Akhirnya Abu berterus terang akhirnya, dia rela, biarlah satu pejabat mentertawakan dirinya.

TAMAT

© menjilat jari dari rasasayang79


copy URL ini dan share di fb anda ..


  • komen sikit dgn fb



Copyright © dunia rasasayang ®