07 Februari, 2011

Lagu SMK Bera

Kenangan tahun 1992 sehingga 1996 terimbas kembali. Lalu saya menyelongkar "khazanah" yang tidak ternilai bagi saya. Mungkin juga bekas-bekas pelajarSMK Bera, Bandar 32, Pahang berpendapat sedemikian.

Mungkin ada dikalangan rakan-rakan yang sudah lupa akan lirik dan rentak lagu sekolah kita. Dan mungkin juga yang dah lupa nama tajuk lagu sekolah kita. Buktinya ketika saya berkhidmat sebagai guru di sekolah lama saya pada tahun 2002, saya dapati lirik dan rentak sudah tidak sama dengan yang asal.

Dengan sedikit kudrat ingatan yang tidak seberapa, saya menyusun kembali lagu sekolah dengan bantuan seorang rakan guru. Maka tanggungjawab saya untuk mengajar kembali adik-adik SMK Bera menyanyikan lagu "usaha pasti jaya" dengan betul.

Saya berbesar hati ingin berkongsi lirik dan sudah tentu iringan muzik yang saya atur dengan seorang guru. Terima kasih cikgu Fazly.

klik butang "papar" untuk ddengar lagu dan jom ramai-ramai kita nyanyi lagu sekolah kita.






 

kami dari SM Bera
bergerak terus mara
rasional usaha
maju serta jaya
berilmu dan beramal

kami dari SM Bera
bersatu berharmoni
belajar memimpin
patuhi disiplin
untuk nusa dan bangsa

chorus

bergerak cergas
melangkah pantas
tuju ambang maju

bergerak cepat
penuh semangat
jaya pasti jaya

kami dari SM Bera
bersatu berharmoni
belajar memimpin
patuhi disiplin
untuk nusa dan bangsa





0 Ulasan:

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®