20 Januari, 2011

Tips: tenang menghadapi dugaan

Kita selalu menghadapi segala macam dugaan yang melanda diri kita. Sebagai manusia kita seharusnya menerima dugaan tersebut dengan kerelaan hati yang tulus iaitu redha dengan dugaan tersebut. Mula-mula memang agak sukar untuk menempuhi dugaan tersebut. Bahkan ada diantaranya yang mempersoalkan mengapa aku menerima dugaan sebegini. Jangan sesekali mempersoalkan dugaan yang kita terima kerana itu semua adalah kerja Allah S.W.T. Jika kita mempersoalkannya, ia sama seperti kita menyalahkan perbuatan Allah.

Apa yang penting, kita mengambil cara yang betul untuk menhadapi segala dugaan. Bukan kita mencari cara untuk menyalahkan sesiapa. Disini ada beberapa cara untuk kita praktikkan ketika kita menghadapi dugaan iaitu:





  1. Latih minda untuk melupakan kenangan pahit.
    Bunyinya senang daripada melakukannya. Walau bagaimanapun, kita perlu menerima kenangan pahit kita. Redha dengan ketentuanNya. Untuk itu, kita harus mengatakan pada diri kita 'berhenti' mengingati kenangan yang melukakan itu. Bertekad untuk melupakannya.
  2. Buang sikap risau.
    Ada dua kesan daripada kita mempunyai sikap risau. Pertama, ia akan menarik nasib tidak baik, masalah dan musibah tanpa kita pinta. Kedua, ia akan memberi kesan kepada fizikal dan mental. Sikap risau ini akan mendatangkan perasaan takut, kecewa dan sedih. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan kita. Untuk membuang sikap risau ini, belajar untuk bertenang dan melatih untuk mengawal keadaan diri kita.
  3. Belajar bersyukur.
    Ucap syukur kepada semuanya, apa saja!. Ucapan syukur ini akan memberi ketenangan kepada hati kita. Seseorang yang selalu mengamal ucapan syukur ini kebiasaannya akan tenang menghadapi setiap situasi dan akan redha dengan segala dugaan yang di hadapinya.
  4. Belajar jadi pemaaf.
    Sikap pemaaf ini akan membuatkan hati kita terlepas daripada sikap-sikap yang buruk seperti dengki, bersangka buruk, pemarah, cemburu dan sebagainya. Ia juga akan meneutralkan gelombang negetif yang berada di dalam otak kita.
  5. Ketawa.
    Mengikut kajian sains, ketawa dapat menyembuhkan pelbagai penyakit jika di buat mengikut kesesuaiannya. Ketawa ini juga dapat menghindarkan kita daripada masalah yang berlaku dan kadang kala akan mempositifkan fikiran kita. Jadi, ketawa lah dengan ikhlas dan bukan di buat-buat. Namun awas, ketawa yang berlebihan membuat kita berdamping dengan syaitan.
  6. Ubah fikiran
    Ubah cara pemikiran kita kepada yang lebih positif. Rahsia untuk mendapat pemikiran yang positif adalah cari sinar mentari di waktu pagi. Lihatlah matahari yang baru mula nak naik. Keadaan yang tenang ini akan memberikan satu impak yang positif dalam diri kita. Rahsia yang kedua adalah dengan cara berfikir perkara yang baik-baik sahaja. Cara ini adalah cara jangka panjang. Insyallah, dengan cara ini akan membuatkan anda murah rezeki dan perkara yang baik-baik secara automatik akan datang kepada anda.
  7. Hati mesti 'keras'
    Maksud hati mesti keras disini bukanlah bermakna kita mempunyai hati tetap dan tidak boleh diubah-ubah atau pentingkan diri. Maksud disini adalah hati yang mempunyai kesabaran yang tinggi, pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dengan hati yang terbuka. Allah menurunkan dugaan kepada kita adalah kerana Allah ingin menghapus dosa kita yang lampau. Sepatutnya kita rasa bersyukur kerana telah dibalas dosa kita di dunia dan bukan di akhirat yang sudah tentu lebih teruk azabnya. Selain itu juga, dugaan yang di terima oleh kita adalah di sebabkan Allah sayang dengan kita. Manusia ini sifatnya akan mengingati Allah apabila berlakukan kesusahan. Maka dengan dugaan yang di beri, Allah ingin kita mengingati Nya. Itulah tanda Allah sayang kepada kita. Allah tidak zalim kepada hambanya tapi hambaNya saja yang sentiasa menzalimi diri mereka sendiri.


-- petikan ChipZine--

"Ya Allah yang menciptakan malam dan siang, yang menciptakan laut dan langit, Yang berkuasa ke atas seluruh isi alam semesta, Engkau tenangkanlah hatiku dalam menempuh dugaan, Engkau tenangkanlah hati-hati mereka yang membaca petikan ini... jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur.. amin"

Copyright © dunia rasasayang ®