03 Januari, 2011

Ketahui siapa yang mencipta "www" pada internet

Setiap kali melayari internet, anda pasti menyedari tentang kewujudan frasa ‘www’ pada permulaan alamat laman web sesebuah pertubuhan atau organisasi.

Namun, tahukah anda apakah fungsi dan siapakah individu yang bertanggungjawab mencipta terma popular itu?



Mengetengahkan kongsep Jaringan Sejagat atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai World Wide Web, www merupakan satu sistem jaringan dokumen hiperteks yang membenarkan aktiviti capaian data menerusi internet.

Fungsinya adalah supaya pengguna dapat mengakses maklumat pada laman web yang kandungannya telah dikumpul terlebih dahulu di dalam lokasi tapak web.

Kemudian, dengan menggunakan platform pelayar web, pengguna internet berpeluang memperolehi pelbagai jenis kandungan atau aplikasi seperti teks, imej, video, dan juga pautan ke laman web lain.

Frasa berkenaan sebenarnya telah dicipta oleh seorang saintis komputer bernama Tim Barners Lee pada bulan Mac 1989 sebelum menggunakannya buat pertama kali pada tahun 1991.

Beliau juga merupakan pengarah dan pengasas bagi Konsortium Jaringan Sejagat, iaitu sebuah badan piawaian antarabangsa yang bertanggungjawab membangun serta menyelaras teknologi berkaitan konsep itu.

Apa yang menariknya, penyelidik bidang pengkomputeran ini tidak pernah mempatenkan konsep tersebut. Oleh kerana itu, sehingga hari ini, ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja secara bebas.

sumber: faizalabubakar

0 Ulasan:

+

Terbaru ...

Copyright © dunia rasasayang ®