29 Disember, 2010

Piala Suzuki AFF: Malaysia tundukkan Indonesia

Akhirnya setelah 14 tahun menanti, Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF di rantau Asia Tenggara detik jam 9.53 malam waktu Malaysia hari ini.

Secara agregat, Malaysia telah menundukkan Indonesia 4 - 2.

Pada perlawanan akhir pusingan pertama, Malaysia telah menampar ego Indonesia di Kuala Lumpur dengan jaringan tiga gol tanpa balas.



Namun pada pusingan akhir kedua di Jakarta, Indonesia, pasukan negara itu yang tidak habis-habis "menghentam" Malaysia telah berjaya menundukkan negara kita dengan keputusan 2 - 1. Tapi tidak cukup untuk mematahkan hasrat Malaysia untuk menjulang Piala AFF untuk pertama kali dalam sejarah kejohanan ini.

Untuk rekod, Malaysia telah menjuarai sukan bola sepak pada temasya sukan SEA 2009 yang lalu.

Malaysia juga telah menjadi negara keempat dari sepuluh negara Asia Tenggara yang menjulang Piala AFF. Thailand dan Singapura sebanyak 3 kali berturut-turut, Vietnam dan kini tiba giliran Malaysia.

Seharusnya yang menjadi nadi kepada kejayaan ini adalah jurulatih pasukan negara Rajagopal dan anak-anak buahnya yang tidak mengerti erti putus asa. Dalam perlawanan peringkat kumpulan, Indonesia telah memalukan Malaysia dengan jaringan 5 - 1. Kini dendam itu telah terbalas dengan kemenangan bergaya pasukan negara.

Kami sebagai rakyat Malaysia amat berbanga dengan kejayaan ini Kami juga mengharapkan ini bukan kemenangan terakhir dalam sukan bola sepak. Saya sendiri mengidam untuk melihat Malaysia terus naik dalam ranking FIFA. Sekurang-kurangnya pada kedudukan 100 atau lebih baik dari itu.

Tahniah pasukan bola sepak negara. MALAYSIA BOLEH!

Copyright © dunia rasasayang ®