08 Julai, 2008

Pelangi petang siri01

“mmm..Cikgu, saya nak masuk acara pecut 100 meter tu”

“Boleh ke awak lari Azhar? Nanti awak lari masuk lorong orang lain”
“Cikgu tak boleh benarkan awak ambil bahagian”

Bait-bait ayat itu masih ku kenang hingga kini. Betapa aku sedar, betapa kekuranganku membatasi segalanya. Peristiwa itu berlaku pada diriku ketika aku berusia 12 tahun iaitu ketika menjelang sukan tahunan sekolah rendahsekitar16 tahun yang lalu..






Aku memang minat dalam olahraga dan keyakinanku sudah cukup tinggi pada waktu itu untuk menyertai acara lumba lari tersebut.

Tapi apakan daya, kekurangan dari segi mata telah membuatkan diriku dipinggirkan.
Itu hanya pendapatku, betulkah aku dipinggirkan atau untuk tujuan keselamatan. Maka bila hari ini aku menulis aku membuat keputusan itu dibuat adalah untuk tujuan keselamatan diriku.

Sebenarnya perkara itu telah membawa kesan yang besar kepada diriku. Di dalam hati, hanya tuhan yang tahu betapadiriku sangat yakin akan kebolehanku.

Aku tinggalkan sekolah rendah dengan keputusan peperiksaan yang boleh dikatakan baik. Walaupun tidak ditawarkan ke MRSM tetapi aku masih ditawarkan ke sekolah asrama yang baik di negeri Pahang.

Bercerita mengenai ketika aku ingin menjawab pepriksaan pada ketika mengambil UPSR, aku diasingkan dari orang lain. Aku terpinga-pinga kerana meja untukku mengambil peperiksaan diletakkan diluar dewan. Pada ketika itu pengawas peperiksaan menerangkan kepadaku agar aku mendapat lebih pencahayaan.

Mmmm… aku akur walaupun perasaan malu dengan rakan-rakan mengusik hati kecilku. Siapa yang tak malu, diasingkan dari kelompok rakan-rakan ketika menjawab peperiksaan. Tapi aku akur dan terus menjawab peperiksaan itu dengan tabah hati.

Ketika menjawab macam biasa, aku akan terhendap-hendap kertas soalan untuk membaca soalan yang dikemukan. Orang disekelilingku memerhati gelagatku. Yelah… macam nak cium kerts soalan tersebut. Tapi itulah diriku. Aku redha dengan anugerah yang Allah kurniakan kepadaku.

Keputusan akhir untuk UPSR telah pun keluar. Aku mengambil keputusan peperiksaan tersebut bersama ayah. Aku kegembiraan kerana keputusan akhir adalah milikku. Aku berasa terharu dengan pengorbanan yang ku lakukan selama ini. Tidak sia-sia aku bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran setiap malam.

Jasa dan pengorbanan guru yang bertungkus lumus membimbing aku dan rakan-rakan tidak aku lupakan. Cikgu Zarina merupakan insan yang paling banyak memberi dorongan kepadaku. Waktu itu guru dengan ikhlas hati mengadakan kelas tambahan tanpa mengharap apa-apa upah atau ganjaran.

Ku mengakhiri zaman sekolah rendahku dengan harapan yang tak kesampaian. Citaku untuk menyertai pertandingan olahraga tidak dapat kupenuhi di atas kekuranganku.

5 Ulasan:

matduih berkata...

ntah le...aku bersimpati dgn kedua-dua pihak ( ngkau dgn guru)... bagi ngkau mungkin malu dan terpingga-pingga sbb masih x boleh berfikir sepenuhnya kenapa guru buat begitu, bagi guru mgkin dia rasa itu jln terbaik dan tak terfikir kaedah lain..... apapun ngkau harus bersyukur kerana jasa guru, kau berada pada tahap ini.... "insan istimewa, menulis prk yang istimewa untk tatapan orang yg bukan istimewa dan istimewa...." (aku cuma boleh buat tawaran istimewa ja....SIAPA MAU BELI PAPER LAMA?, separuh hg asal ja?")

farah_1204 berkata...

I'm so touched when I read the story of yours. I really understand how exactly you felt when your wish is refused by another party even though it was for your own sake. Here is a famous adage for u bro:

"dont be so sad because there is always light at the end of the night"

pentadbir berkata...

matduih... mahal ko punya paper lama... suratkhabar online ada koleksi lama... free je
kisah hidup tu bukan salah siapa... cuma tulis tentang perit jerih nak lalui semua tu
for farah... tq for ur support....

ashaf berkata...

redha dan sabar...smg tabah selalu

pentadbir berkata...

mudahan saya lebih tabah

+

Artikel Terkini

Copyright © dunia rasasayang ®