02 Ogos, 2012

Ada wang, masih mengemis

KOTA BHARU- Walaupun mempunyai simpanan RM8,000 dalam akaun simpanan mereka, sepasang pengemis warga emas yang cacat penglihatan masih sanggup meneruskan kegiatan mengemis di kaki lima Pasar Siti Khadijah di bandar ini kerana sudah biasa dengan pekerjaan itu sejak 10 tahun lalu.

Pasangan itu, yang berasal dari Kampung Berangan, Tumpat, sanggup menaiki bas dari rumah mereka yang mengambil masa hampir 45 minit ke bandar ini demi untuk mencari rezeki dan mengharapkan simpati dari masyarakat.

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)



Menurut isterinya, walaupun mempunyai tiga anak yang sudah dewasa, namun dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya memandangkan mereka hanya bekerja sebagai buruh dan mempunyai pendapatan yang tidak seberapa.

“Inilah yang makcik mampu lakukan iaitu menjual tisu, selain mendapatkan derma dari orang ramai bagi menampung kehidupan kami berdua yang semakin uzur dan tidak mampu melakukan kerja-kerja lain.

“Pernah kami ditahan pihak berkuasa dalam operasi pengemis sebelum ini, tetapi kami kembali melakukan kerja ini kerana mudah untuk mendapatkan wang dari orang ramai,” katanya ketika ditahan dalam operasi Adhoc Ramadan pengemis di sekitar bandar ini, semalam.

Operasi bersepadu yang diadakan pada jam 11.30 pagi hingga 1 tengah hari itu, dilakukan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar raya Islam (MPKB-BRI) serta Jabatan Imigresen itu berjaya menahan enam pengemis yang terdiri daripada warga emas, golongan dewasa dan kanak-kanak.

Ketua Bahagian Warga Tua dan Keluarga JKM jajahan Kota Bharu, Norizawati Mamat, berkata, empat pengemis terbabit akan ditempatkan di rumah Sri Kenangan, Pengkalan Chepa untuk penempatan sementara, manakala dua lagi yang merupakan warga Thailand, akan dihantar ke depot tahanan sementara di Telipot.

“Mereka akan ditahan di bawah seksyen 3 (2) Akta Orang Papa 1977, sebelum dituntut oleh waris atau jika tidak dituntut akan dibawa ke pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

“Setakat ini dalam operasi terbabit, ada di antara pengemis merupakan penerima bantuan bulanan JKM, namun masih lagi melakukan pekerjaan seumpama ini,” katanya.

Norizawati berkata, operasi seumpama ini akan diteruskan secara berkala bagi membanteras kegiatan mengemis.

“Kita harap masyarakat faham dengan tugas kami, yang bukan menahan pengemis secara melulu, namun adalah untuk sediakan tempat tinggal dan membela nasib mereka supaya dapat meneruskan kehidupan lebih baik,” katanya.

1. apa salah kalau mengemis dengan menjual tisu?

2. cukupkah belanja RM8000 untuksehingga nafas terakhir?

3. Cukupkah bantuan JKM RM300 ke bawah untuk sebulan. Beras sekilo berapa? Ikan bilis berapa?





  • bukan simpati yang kupinta, tapi empati

Copyright © dunia rasasayang ®