17 Mei, 2011

Senarai dan ulasan mengenai berita baik untuk guru 2011

Semalam tanggal 16 Mei telah diadakan sambutan Hari Guru seluruh negara. Perdana Menteri telah mengumumkan lima kaedah baru kenaikan pangkat untuk guru-guru. Berikut adalah senarai penuh berita gembira tersebut:

(klik butang papar untuk meneruskan bacaan)





  1. Melalui konsep guru wibawa dan pendeta guru, laluan kerjaya guru dalam PDP akan diperluaskan sehingga mencapai ke gred DG54 dalam tempoh
    perkhidmatan 25 tahun dengan memenuhi tahap kecemerlangan serta lain-lain syarat yang ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan. Sebelum ini jika seseorang guru berkhidmat lebih 25 tahun, mereka hanya akan mencapai gred 48 sahaja.
  2. Menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan pengajaran dan pembelajaran sebanyak seratus peratus dengan menambah
    sejumlah 72 jawatan berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep guru wibawa dan pendeta guru. Namun guru-guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas masih berpeluang untuk menikmati Pergerakan Gaji Tahunan.
  3. Menaikkan gred jawatan semua pengetua sekolah menengah Gred DG48 ke gred DG52 yang melibatkan 1,228 jawatan sebagai membuktikan
    lagi kesungguhan kerajaan dalam memartabatkan profesion keguruan.
  4. Semua guru penolong kanan (GPK) pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum sekolah menengah gred DG44 dinaikkan ke gred DG48,
    akan melibatkan 6,585 jawatan.
  5. Semua GPK pentadbiran, hal ehwal akademik dan kokurikulum di sekolah rendah kluster turut dinaikkan dari gred DGA32 ke gred DGA34 yang melibatkan
    sejumlah 99 jawatan.

Ulasan:

  • Hadiah ini khas untuk guru berjawatan, tetapi untuk guru bukan berjawatan mereka terpaksa menunggu untuk mencapai perkhidmatan 25 tahun atau dengan erti kata lain mencecah umur pencen.
  • Bagi guru berjawatan mereka mendapat hadiah serta merta untuk hari guru tahun ini.
  • Jika dijumlahkan, seramai lebih kurang 7984 guru sahaja mendapat hadiah serta merta kali ini. Manakala lebih 300 ribu guru seluruh Malaysia masih menanti.
  • Namun langkah kementerian dalam memartabatkan profesion guru selari dengan profesion lain haruslah dipuji. Semoga guru terus dipandang mulia.

Utusan Online, 17/5/2011

Copyright © dunia rasasayang ®