22 April, 2011

Blogger Mazidul ni hebat sangat ke?

Bila baca tajuk, jangan marah ye blogger otai Mazidul. Saya kata memang hebat. Tak pernah terlepas dengan artikel terbaru dari blogger otai ni. Macam-macam isu menarik!

Cerita pasal saudara Mazidul, saya suka melihat beliau di kaca TV sejak dari saya dibangku menengah lagi. Dulu sewaktu saya masih boleh melihat (sebelum buta penuh sekarang) saudara Mazidul ni berisi sikit orangnya. hehehe tak taulah sekarang.

(klik papar untuk meneruskan bacaan)





Jadi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada blogger Mazidul kerana sudi meletakkan blog "bila insan istimewa menulis" dalamsenarai papan kedua blog Mazidul. Bukan senang nak masuk list blogger otai kita ni. Dengar kata "banyak tapisan" juga hehehehe.

blog Mazidul klik sini

Ada sahabat blogger bertanya, betul ke saya ni buta. Susah nak cakap tanpa anda sendiri melihat kerana majoriti orang Malaysia masih berpendapat orang buta hanya mampu bermain alat muzik dan mengayam bakul. Atau sekadar membawa tisu dari meja ke meja.

Kalau sudi rajin-rajin melawat Kompleks MAB dan ke bahagian ICT. Di sana rakan--rakan boleh melihat bagaimana orang buta mengendalikan komputer seperti anda juga.

Dan sudah tentu saya juga buta penuh dan sepenuhnya mengendalikan blog ini. Esok atau lusa saya akan cuba buat rakaman bagaimana pembaca skrin berfungsi untuk golongan seperti kami sebagai pendedahan kepada warga Malaysia umumnya. InsyaAllah.

p/s: saya berterima kasih sangat kepada rakan blogger yang sudi nak letak blog saya dalam blog tuan-tuan semua. saya akan buka papan rakan blog sekarang untuk kita bertukar pautan. terima kasih :).

lagi p/s: teringin nak bertemu dengan abang Mazidul. hehehehe manalah tahu dapat belanja dari orang tu.


Copyright © dunia rasasayang ®