09 Mac, 2011

Dikau yang bernama Adriana Adni

Jam 6.28 petang, pada tanggal 6 Mac 2011 dikau dilahirkan ke alam dunia ciptaan Ilahi.


Hampir 72 jam ibumu berada dalam wad menanti kelahiranmu dengan penuh debar. Ayah juga berada di sisi menanti dan termenung melihat kesakitan ibumu.


Dan ketika kelahiranmu, kami sungguh gembira walaupun semalaman ibumu berada di bilik pemulihan kerana tumpah darah dan tekanan darah yang tiba-tiba tinggi. Manakan tidak, setelah 72 jam di wad dan sepuluh jam dalam bilik rawatan menanti kellahiranmu, akhirnya dikau dilahirkan melalui proses pembedahan.

Wah, alangkah kepalang girangnya kami dengan berat 3.24 kilogram dan dikau bakal membesar sebagai seorang wanita yang solehah. Amin .



Dan tatkala ayah melafazkan kalimah syahadah dan mendengdangkan iqamah ke telingamu, maka kami beri nama padamu dengan izin Allah "Adriana Adni".
Copyright © dunia rasasayang ®